Hampir Cederakan Anak Lepas Czer – “Aku Happy, Tapi Geram Tu Datang Tiba-Tiba”

Saban tahun, pasti ada sahaja insiden mengerikan berlaku terhadap anak kecil gara-gara tindakan ibu sendiri dilaporkan di seluruh dunia. Walaupun perit untuk ditelan, namun itulah realiti dialami hampir setiap ibu yang baru melahirkan anak. Perubahan h0rmon serta kepenatan merupakan antara punca utama para ibu mengalami ‘Postpartum Psikosis‘, atau bahasa mudahnya meroyan. Lebih menyedihkan, ada masyarakat suka menuding jari terhadap wanita yang terbabit dalam tragedi sedemikian.

BACA: Asalnya Nak Sangat Beranak Normal, Tapi Pendek Cerita Masa Trimester Akhir Tu..

Pernah sekali rasa nak cederakan anak lepas bius Czer hilang

Advertisement

Terpanggil untuk memberikan pencerahan terhadap isu tersebut, wanita bernama Norreen Iman Abdullah ini berkongsi pengalaman yang pernah dihadapinya beberapa tahun lalu. Dia pernah terniat untuk mencederakan bayinya sendiri gara-gara tekanan yang datang dari pelbagai arah terutamanya selepas bius proses kelahiran secara Czer hilang.

Gambar sekadar hiasan

Anak pertama, siapa tak happy…tapi tiba-tiba mood geram tu datang

Advertisement

Dedah personaliti media sosial ini lagi, dia juga keliru dengan perasaan sendiri sepanjang tempoh tersebut. Meskipun sangat teruja dengan kehadiran cahaya mata pertama dalam keluarga mereka, tetapi Norreen tidak dapat mengawal perasaan negatif yang tiba-tiba datang kepadanya. Mujurlah kehadiran suami dan ibu di sisi dapat meredakan dilema yang dihadapinya ketika itu.

Gambar sekadar hiasan

Kepada baru dapat baby…pastikan ada yang perhati isteri

Advertisement

Mengakhiri coretannya, ibu kepada dua orang anak ini menyeru semua pihak agar jangan sesekali membiarkan isteri melalui tempoh berpantang seorang diri. Malah jika terikat dengan komitmen kerja sekali pun, pastikan ada ahli keluarga atau kenalan yang boleh dipercayai memantau keselamatan ibu serta anak. Sokongan mereka amat penting lebih-lebih lagi buat para ibu tunggal.

Advertisement

Sumber: Twitter norreen143

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?