Family Viral

Hampir Dijual Waktu Kecil, Gadis Cari Adik Kandung Setelah 7 Tahun Terpisah

Hampir Dijual Waktu Kecil, Gadis Cari Adik Kandung Setelah 7 Tahun Terpisah

Sharing is caring!

Setiap orang mempunyai kisah hidup yang berbeza-beza. Ada insan di mana perjalanan hidupnya mudah sahaja dan ada juga dipenuhi dengan cabaran serta dugaan seperti yang dirasai seorang gadis ini. Siapalah dapat menyangka ibunya sendiri bertindak lepas tangan daripada menjaga dia serta adik beradik lain. Kisah berkenaan mula tular di laman Twitter apabila dia nekad membuat hebahan tentang pencarian adik serta bapa kandungnya.

BACA: Dikecam Hebat, Gadis Jelaskan Sebab Kurang Gemar Lelaki Melayu Dating Mamak

Boleh tak aku nak guna kuasa viral untuk cari adik aku
Hampir Dijual Waktu Kecil, Gadis Cari Adik Kandung Setelah 7 Tahun Terpisah

Aku rindu dengan adik aku

Gadis berusia 16 tahun itu telah memuat naik foto dirinya dan adik lelaki yang diberi nama Muhammad Adam Syafiq bagi mengesan keberadaan saudara kandungnya itu.  Difahamkan sebelum ini, mereka berdua tidak pernah merasai kasih sayang daripada ibu kandung apabila sering diperlakukan dengan buruk oleh wanita tersebut dan ditambah pula dengan masalah kesempitan hidup. Oleh sebab itu, mereka telah diserahkan kepada satu keluarga angkat selama beberapa tahun sebelum si ibu membawa mereka lari ke Kuala Lumpur.


Hampir Dijual Waktu Kecil, Gadis Cari Adik Kandung Setelah 7 Tahun Terpisah

Hampir Dijual Waktu Kecil, Gadis Cari Adik Kandung Setelah 7 Tahun Terpisah

Hampir dijual selepas dibawa ke Kuala Lumpur

Walaupun berada di bawah jagaan si ibu, hakikatnya kanak-kanak ini dilayan dengan buruk selepas ditinggalkan di bawah pemerhatian orang lain serta hampir dijual. Nasib mereka berubah apabila berjaya diselamatkan oleh keluarga angkat sebelum dibawa pulang ke Johor. Tak lama kemudian, si adik diambil oleh keluarga angkat yang lain untuk dijaga sebelum terputus hubungan sehingga sekarang.

Hampir Dijual Waktu Kecil, Gadis Cari Adik Kandung Setelah 7 Tahun Terpisah

Hampir Dijual Waktu Kecil, Gadis Cari Adik Kandung Setelah 7 Tahun Terpisah

Kini bahagia bersama keluarga angkat yang sangat menyayanginya

Sejak kecil lagi, sudah banyak yang mereka lalui termasuklah tidak pernah mengenali ayah kandung mereka. Hanya pada keluarga angkat mereka menumpang kasih-sayang yang diidamkan. Jelasnya lagi, dia dan adik lelakinya itu merupakan adik beradik kandung seibu dan sebapa. 


Hampir Dijual Waktu Kecil, Gadis Cari Adik Kandung Setelah 7 Tahun Terpisah

Sumber: Twitter Coklat Irdina


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Hampir Dijual Waktu Kecil, Gadis Cari Adik Kandung Setelah 7 Tahun Terpisah

Sharing is caring!