Hampir Give Up Hilang 2 Insan Dalam Masa 19 Hari Gadis Cekal Raih Result Gempak

Dugaan kehilangan ibu atau bapa sememangnya merupakan satu pengalaman pahit bagi setiap yang bergelar anak. Berbekalkan ketabahan dan kecekalan menjadi penguat semangat bagi seseorang itu untuk meneruskan kehidupan. Namun gadis bernama Nur Ain Natassya ini hanya mampu mengukir senyuman pudar saja memandangkan dia tidak dapat meraikan kejayaan dalam peperiksaan bersama bapa tersayang.

BACA : Dibuang Kerja Angkara Tipu MC, Lelaki Tak Putus Diuji Sampai Hilang Keluarga

Kalau ayah masih ada mesti bangga dengan kakak kan…

Kisah meruntun hati ini turun dikongsi oleh Natassya menerusi laman Twitternya baru-baru ini. Saat pelajar lain teruja berkongsi keputusan cemerlang bersama keluarga tercinta, gadis berusia 20 tahun ini hanya berasa kosong dan sebak. Dia bagaimanapun,bersyukur dengan keputusan cemerlang yang diperolehinya meskipun terpaksa mengharungi tempoh sukar dengan pemergian bapanya pada 19 Oktober lalu akibat komplikasi pada bahagian kepala.

Advertisement

Advertisement

Pada hari kejadian, saya tengah susun barang dalam kereta dan ayah ada masuk dalam bilik air. Tiba-tiba ibu menjerit minta tolong, cakap ayah jatuh toilet. Dalam perjalanan nak bawa dia dirawat ayah masih menyahut. Tapi dalam 5 minit lepas itu dia dah tak sedarkan diri. Doktor pula cakap ayah high blood pressure dan mungkin kena heart attack. Dia terus dimasukkan ke zon merah.  Lepas buat CT scan, doktor cakap kepala ayah dah sangat kritikal dan kalau buat operation pun peluang untuk selamat sangat tipis. Hari kedua pula, doktor beritahu yang ayah dah tak ada harapan sebelum akhirnya disahkan pergi pada 19 Oktober tahun lepas.

Hampir putus asa, hilang 2 insan tersayang dalam masa 19 hari

Mengakui banyak ketinggalan dari segi pelajaran dalam tempoh beberapa minggu berikutan pemergian bapanya, anak jati Perak ini hampir berputus asa untuk menyambung pelajarannya. Hal ini kerana pemergian bapanya ternyata memberi kesan yang amat mendalam kepadanya lebih-lebih lagi ia berlaku hanya kurang beberapa minggu ketika dia perlu berdepan dengan peperiksaan akhir.

Saya rasa down sangat, hanya Tuhan saja tahu bagaimana perasaan masa itu. Saya tak datang sekolah selama 2 minggu walaupun exam tinggal beberapa hari saja lagi sampai makin hilang semangat. Tapi setiap kali teringatkan ayah dan sokongan dari keluarga buatkan saya tak putus asa. Dulu saya pernah cakap nak graduasi, tapi ayah pernah cakap dia tak boleh datang sebab sibuk kerja. Dalam tempoh 19 hari tu juga, saya diuji dengan satu lagi kehilangan iaitu pemergian bapa saudara pula.

Advertisement

Ramai datang ziarah pusara sampai ada kawannya yang menangis

Natassya menyifatkan bapanya seorang yang merendah diri dan gemar membantu orang lain selain disegani ramai. Dia bagaimanapun berasa agak terkilan kerana tidak sempat menunaikan hasrat bapanya yang mahu melihat dirinya tamat pengajian.

Ayah seorang yang baik dengan semua orang, sampai bila ayah pergi kami tak sangka ramai sangat orang yang datang menziarahi. Orang yang datang sembahyangkan ayah pun ramai.  Saya percaya ramai kawan-kawannya turut sama rasa kehilangan itu, sampai ada kawan dia menangis haritu.

Advertisement

Sumber : Twitter natassyaaaaa

Apa Komen Anda?