Inspirasi Viral

Hampir Ancam Nyawa Ibu Sendiri, Remaja Problem Luah Dilema Kurang Kasih Sayang

Hampir Ancam Nyawa Ibu Sendiri, Remaja Problem Luah Dilema Kurang Kasih Sayang

Sharing is caring!

Sama ada duduk di desa atau di tengah-tengah kota raya, rata-rata masyarakat bergelut mencari rezeki demi memenuhi tuntutan hidup pada zaman sekarang. Lebih-lebih lagi jika anda sudah berkahwin dan bergelar ibu bapa kepada zuriat masing-masing. Mana ada parents yang mahu anak dibesarkan dalam serba kekurangan atau tidak sihat kan? Akan tetapi, kesibukan bekerja membuatkan ibu bapa tidak sedar  bahawa mereka sebenarnya juga telah merobek hati dan perasaan anak-anak.

BACA: Stress Ibu Ayah Berpisah Depan Mata, Remaja Pernah 2 Kali Nekad Tamatkan Nyawa

Kisah sepupu bermasalah…pernah ancam nyawa ibu sendiri

Begitulah jua keadaan yang menimpa ahli saudara pengendali akaun Twitter yang bernama @tengkuhasirah ini. Menerusi perkongsian baru-baru ini, dia menerangkan ‘kerja gila’ yang pernah dibuat lelaki berkenaan sejurus dikutip dari kawasan hot spot pengambilan bahan terlarang. Kisah ini dinyatakan olehnya sendiri sewaktu bersama dengan Hasirah ketika mereka berkumpul di kampung.

Hampir Ancam Nyawa Ibu Sendiri, Remaja Problem Luah Dilema Kurang Kasih Sayang

Hampir Ancam Nyawa Ibu Sendiri, Remaja Problem Luah Dilema Kurang Kasih Sayang


Hampir Ancam Nyawa Ibu Sendiri, Remaja Problem Luah Dilema Kurang Kasih Sayang
Gambar sekadar hiasan

Nasib baik sempat ditahan ayah sendiri

Mujurlah tiada sebarang perkara yang tak diingini berlaku apabila bapa pemuda itu sempat menahannya daripada terus menikam wanita yang pernah melahirkannya. Akibat daripada insiden itu, ibunya menjadi trauma terhadap sepupu gadis ini. Bagaimanapun, keluarga mereka mengambil keputusan untuk tidak membuat sebarang laporan pihak polis berhubung kejadian berkenaan.

Hampir Ancam Nyawa Ibu Sendiri, Remaja Problem Luah Dilema Kurang Kasih Sayang

Hampir Ancam Nyawa Ibu Sendiri, Remaja Problem Luah Dilema Kurang Kasih Sayang
Gambar sekadar hiasan

Aku tak pernah minta benda mahal…cukup kasih sayang & belaian seorang ibu

Ketika ditanyakan sebab mengapa dia bertindak sedemikian rupa, lelaki itu mendedahkan bahawa sebenarnya sering diketepikan oleh ibu bapa sendiri. Mereka tidak pernah menghadiri apa-apa acara istimewa dalam hidupnya termasuklah majlis konvokesyen. Walhal masa mereka selalu dihabiskan bersama rakan-rakan kerja lain.

Hampir Ancam Nyawa Ibu Sendiri, Remaja Problem Luah Dilema Kurang Kasih Sayang


Hampir Ancam Nyawa Ibu Sendiri, Remaja Problem Luah Dilema Kurang Kasih Sayang

Dia baik…cuma buat silap atas masalah keluarga

Sejak peristiwa itu, Hasirah turut memaklumkan bahawa sepupunya telah memohon kemaafan atas tragedi tersebut sambil mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga lain. Ujar gadis ini, lelaki itu sebenarnya merupakan lelaki yang cukup baik, cuma tersepit dalam konflik keluarga. 

Hampir Ancam Nyawa Ibu Sendiri, Remaja Problem Luah Dilema Kurang Kasih Sayang

Hampir Ancam Nyawa Ibu Sendiri, Remaja Problem Luah Dilema Kurang Kasih Sayang
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter tengkuhasirah


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!