Hampir Putus Asa Lepas Kehilangan Anak, Wanita Tabah Ini Berjaya Genggam PhD!

Anak-anak merupakan anugerah yang tidak ternilai daripada Yang Maha Esa. Oleh sebab itu, bukan senang untuk berhadapan ujian melihat anak yang dikandung selama 9 bulan ‘pergi’ terlebih dahulu lebih-lebih lagi masih di usia bayi. Walaupun sudah masuk tempoh setahun buah hati tersayang dipanggil Illahi, namun segala kesedihan itu nyata tidak mematahkan semangat seorang ibu dalam memperoleh gelaran doktor falsafah atau PhD.

BACA: Anak Pergi Mengejut Di Bulan Syawal, Luahan Bapa Ini Runtun Jiwa Ramai

8 tahun habiskan study…dari bujang, lepas Dewi pergi & ada anak balik

Menerusi tweet yang dikongsikan oleh seorang pengguna akaun Twitter bernama @tunfairuz ini, dia menitipkan ucapan tahniah atas kejayaan isterinya itu yang bakal bergraduasi tidak lama lagi. Meskipun tidak dapat bersama dengannya kerana masih berkelana di Jerman, namun dia tetap bangga dengan pencapaian isterinya yang telah mengambil masa selama 8 tahun demi memperoleh gelaran tersebut.

Setiap kali dia kata nak berhenti…aku pujuk tiap-tiap hari

Terdahulu, suami isteri ini telah kehilangan seorang anak perempuan (Dewi)gara-gara tersedak susu di taska pada bulan Syawal tahun lepas. Namun tak lama selepas itu mereka dikurniakan pula dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Haydar. Meskipun dia hampir mengalah di pertengahan jalan gara-gara detik sukar tersebut, namun Fairus tak putus-putus memberikan semangat kepada teman hidupnya hingga ke saat ini.

Dulu viva Dewi teman dalam rahim….Tapi yang rezeki attend konvo adiknya Haydar

Sumber: Twitter tunfairuz

Apa Komen Anda?