Nama selebriti Noor Neelofa serta suaminya iaitu PU Haris sudah tidak asing lagi bagi kebanyakan netizen. Namun siapa sangka selepas hampir setahun mereka mendirikan rumah tangga, masih ada individu yang tersilap memanggil nama lelaki itu.
BACA: Perjelas Isu Tak Ikut SOP, Peguam Pula Tak Sengaja Sahkan Kehamilan Neelofa
Doakan Kak Lofa dengan Hafiz happy dunia akhirat…Hafiz mana? Suami saya nama Haris bukan Hafiz
Terbaharu, usahawan wanita berkenaan ada membuat IG Live untuk bersembang dengan para peminatnya seperti biasa. Ketika sedang membaca respon netizen di ruangan komen, seorang pengikutnya mengajak penonton lain mendoakan kebahagiaan pasangan suami isteri itu. Alangkah terkejutnya Neelofa apabila ada yang menggelar suaminya dengan nama Hafiz sehingga dia menepuk dahi sambil mengeluh kecil.
Ada cerita kelakar…Kita orang pergi 1 event ni, ada orang address I dia kata Hajah Neelofa dan suaminya, PU Karim
Teringat akan satu peristiwa yang hampir sama, ‘Mak Buyung’ ini mengambil kesempatan untuk berkongsi cerita lucu ketika dia dan suami menghadiri satu majlis. Pada ketika itu, ada seorang tetamu kehormat telah tersilap memanggil nama pendakwah itu dengan nama PU Karim. Mengenangkan perkara tersebut, Neelofa tidak dapat menahan ketawanya.
@nilofaaaaa HAFIZ MANA?😂🤣#FYP #NEELOFA #HARISISMAIL #NUNHA
Jauh sangat tu PU Karim mana? Naya Pak Karim…Blur jap siapa nama laki Lofa
Sejak dikongsikan semalam, video berkenaan telah meraih 720 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, hampir semua netizen terhibur dengan perkara tersebut. Ada juga antara mereka sempat memuji ibu mengandung yang nampak semakin comel itu.
Kredit: TikTok nilofaaaaa & Instagram lofa.page
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
