Viral

Han-byul Cover ‘Sumpah’ Versi Korea, Buat Netizen ‘Cair’ & Meremang Bulu Roma

Han-byul Cover ‘Sumpah’ Versi Korea, Buat Netizen ‘Cair’ & Meremang Bulu Roma

Sharing is caring!

Nyanyian Naim Daniel yang bertajuk ‘Sumpah’ memang sering didengari di stesen radio atau pun akan muncul sebagai OST drama di TV. Dengan lagu ini juga, artis berusia 23 tahun berkenaan turut dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-34. Diterbitkan pada 19 April tahun lalu, muzik video lirik pula mencecah 24 juta tontonan di YouTube setakat ini.

BACA: Tular Video Cover Cinta Luar Biasa, Versi Irama Asli, DS Siti Nurhaliza Dipuji


Han-byul buat cover ‘Sumpah’, sebahagian dalam Bahasa Korea

Walaupun sudah ramai yang membuat cover bagi lagu tersebut, kali ini Han-byul pula muncul mengejutkan orang ramai dengan melakukan perkara sama. Jika sebelum ini dia mendapat pujian untuk cover ‘Peluang Kedua’, kini bekas vokalis kumpulan K-Pop LEDApple telah kembali mencuri hati peminatnya sekali lagi dengan membuat cover ‘Sumpah’. Han-byul juga menyanyikan sebahagian daripada lirik lagu balada itu dalam Bahasa Korea.

Dah lama tunggu cover daripada Han-byul, memang sedap suara dia

Selain berasa kagum dan ‘cair’ dengan kemerduan suara Han-byul, para netizen juga mengakui bahawa mereka sudah lama menunggu cover daripada penyanyi berusia 29 tahun itu. Selain itu, ada juga netizen yang beranggapan bahawa suara Han-byul ketika menyanyikan lagu tersebut dalam Bahasa ibundanya kedengaran seperti soundtrack dalam kebanyakan drama Korea. Setakat ini, cover tersebut mendapat lebih 4 ribu tontonan di YouTube penyanyi berkenaan.


Han-byul Cover ‘Sumpah’ Versi Korea, Buat Netizen ‘Cair’ & Meremang Bulu Roma

Han-byul Cover ‘Sumpah’ Versi Korea, Buat Netizen ‘Cair’ & Meremang Bulu Roma

Han-byul Cover ‘Sumpah’ Versi Korea, Buat Netizen ‘Cair’ & Meremang Bulu Roma

Han-byul Cover ‘Sumpah’ Versi Korea, Buat Netizen ‘Cair’ & Meremang Bulu Roma

Han-byul Cover ‘Sumpah’ Versi Korea, Buat Netizen ‘Cair’ & Meremang Bulu Roma

Sumber: IG Han-byul


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!