Kehidupan

[VIDEO] Hannah Delisha Sebak Dedah Cerita – “Rasa Nak Berhijab Tu Sangat Kuat”

[VIDEO] Hannah Delisha Sebak Dedah Cerita – “Rasa Nak Berhijab Tu Sangat Kuat”

Ternyata ramai peminat tumpang gembira apabila pelakon dan penyanyi popular iaitu Hannah Delisha mengumumkan sudah berhijab sepenuhnya. Dia malah tidak menyangka foto manis berhijab dengan kapsyen ‘Bismillah‘ telah meraih banyak reaksi positif. Meskipun terdapat juga gosip yang mendakwa dirinya bakal berkahwin, namun perkara itu dinafikan olehnya.


BACA: “Saya Amanah Suami” – Zila Bakarin Manis Berhijab, Dedahkan Sebab Penghijrahan

View this post on Instagram

Bismillah🤍

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha) on

Khusyuk beribadah & dalami agama selama 3 bulan PKP…hati tergerak untuk berhijab pada 10 hari terakhir Ramadan

Menerusi sebuah video khas di laman YouTube rasminya, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch telah berkongsi cerita penghijarahannya itu. Ujarnya, dia sudah memasang niat sejak Ramadan lalu namun perkara itu ditangguhkan seketika gara-gara komitmennya terikat dengan drama ‘Cinta Sekali Lagi’. Sebaik penggambaran selesai, artis berusia 24 tahun ini tekad untuk berhijab dan syukur kerana urusan itu dipermudahkan apabila tiada hutang penggambaran yang perlu free hair.


[VIDEO] Hannah Delisha Sebak Dedah Cerita – “Rasa Nak Berhijab Tu Sangat Kuat”

[VIDEO] Hannah Delisha Sebak Dedah Cerita – “Rasa Nak Berhijab Tu Sangat Kuat”

Makin tenang, secure & sayu…nak jadi hamba yang lebih baik di mata Allah

Mengulas tentang perubahan yang dirasai, Hannah mengakui kini jiwanya lebih tenang walaupun dulu pernah ragu-ragu dengan tindakan tersebut. Penyanyi ‘Esok Masih Ada’ ini turut berharap agar perkongsiannya dapat menginspirasikan lebih ramai wanita di luar sana dalam memperbaiki kekurangan diri serta menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT.


Takda siapa yang boleh nilai iman kita, hanya Allah. Bila kita sentiasa jaga hubungan dengan Allah, jaga fiqah (ilmu tentang hukum dalam agama Islam.) kita Insya-Allah semua terjaga. Moment Allah tarik nyawa kita, tak fikir dah pasal pendapat orang. Sebaliknya cuma fikir apa pandangan Allah terhadap kita saja, tu yang paling penting.

Sumber: IG & YouTube Hannah Delisha

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Hannah Delisha Sebak Dedah Cerita – “Rasa Nak Berhijab Tu Sangat Kuat”

Facebook

Telegram