Viral

Hanya Jumpa 2 Jam Lepas 3 Bulan Tak Balik, Anak Nangis Rindukan Ayah Askar

Hanya Jumpa 2 Jam Lepas 3 Bulan Tak Balik, Anak Nangis Rindukan Ayah Askar

Sharing is caring!

Kata orang, anak perempuan memang rapat dengan bapa. Pantang berjauhan lama sikit, mulalah sedih sebab rindukan ayah. Pahit untuk ditelan, namun demikian jugalah hakikat yang perlu dilalui oleh anak-anak berbapakan seorang prajurit negara. Seperti diketahui ramai, seorang askar itu terpaksa berpisah jauh dan mungkin itulah dilema kerinduan yang dirasakan sebuah keluarga ini setelah lama tidak bersua muka.

BACA: Termakan Semua Janji Manis, Gadis Teresak ‘Kantoikan’ Teman Lelaki Selingkuh

Singgah jenguk keluarga di rumah, sempat merasa naik trak dengan ayah

Melalui video milik @cikfaa_official di TikTok, akhirnya suami kepada wanita yang hanya dikenali sebagai Cik Faa datang singgah untuk menjenguk keluarganya. Rindu yang tersimpan selama 3 bulan telah terubat terutama sekali bagi anak perempuannya yang masih kecil.

Hanya Jumpa 2 Jam Lepas 3 Bulan Tak Balik, Anak Nangis Rindukan Ayah Askar


Hanya Jumpa 2 Jam Lepas 3 Bulan Tak Balik, Anak Nangis Rindukan Ayah Askar

2 jam 25 minit bagaikan tak cukup, anak terus menangis lepas ayah kembali bertugas

Akan tetapi, tempoh perjumpaan 2 jam 25 minit itu terasa begitu singkat sehinggakan si kecil itu bagaikan tidak rela melihat bapanya pergi kembali meneruskan khidmat. Baru sahaja mengucapkan selamat tinggal, kanak-kanak perempuan itu mula merengek dan menangis. Akhirnya, dia tertidur dengan air mata yang masih tersisa setelah dipujuk oleh ibunya.

@cikfaa_official

3bulan punya rindu. Terubat 2jam 25minit. Semoga jadi anak yang solehah dan kuat kesayangan

♬ Surrender – Natalie Taylor

Sabarlah… Ayahmu pergi berjuang demi bangsa dan negara

Secara keseluruhannya, video berdurasi 40 saat itu mendapat lebih 500 ribu tontonan setakat ini. Di ruangan komen pula, ramai netizen yang memujuk anak kecil berkenaan supaya menjadi kuat dan sabar. Mereka juga sempat berkongsi pengalaman masing-masing yang terpaksa berjauhan dnegan ahli keluarga kerana tugas.

Hanya Jumpa 2 Jam Lepas 3 Bulan Tak Balik, Anak Nangis Rindukan Ayah Askar


Hanya Jumpa 2 Jam Lepas 3 Bulan Tak Balik, Anak Nangis Rindukan Ayah Askar

Hanya Jumpa 2 Jam Lepas 3 Bulan Tak Balik, Anak Nangis Rindukan Ayah Askar

Hanya Jumpa 2 Jam Lepas 3 Bulan Tak Balik, Anak Nangis Rindukan Ayah Askar

Sumber: TikTok cik_faa official


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes