Kita pastinya sudah amat sinonim dengan kelebihan buah pisang di mana pengambilannya dapat membantu untuk melancarkan pencernaan perut dan memberikan tenaga pada diri kita. Harganya yang murah serta mudah didapati pada setiap masa juga menjadikan buah ini terus dipilih sebagai salah satu makanan sihat. Namun pengambilan berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan. Perkara ini didedahkan sendiri oleh seorang wanita menerusi Facebooknya.
Baca :Â Telur Rebus Boleh Kurangkan Demam? Ibu Ini Terkejut Lepas Try Pada Anak Sendiri

Perut dan pundi dah keras
Menerusi Facebook Niena Samsir, dia ada menceritakan pengalaman anaknya yang dimasukkan ke pusat kesihatan gara-gara terlalu kerap makan pisang. Kejadian mengerikan itu terjadi ketika keluarga Niena dalam perjalanan untuk pergi bercuti. Apabila sampai di pusat penginapan, keadaan anak kecik itu semakin teruk sehingga memaksa suami isteri tersebut mendapatkan pertolongan doktor. Rupanya, doktor mengesahkan Haziq tidak membuang air kecil selama 4 jam dan hal ini sememangnya boleh memberi kesan lain.
Kalau silap cara, boleh menyebabkan mandul
Namun siapa sangka, kejadian ini sebenarnya berpunca daripada buah pisang dan hal ini juga pernah menimpa pada kanak-kanak lain. Lebih teruk lagi, Haziq hampir menjalani operation memandangkan konflik berkenaan mengundang nyawanya. Kejadian ini membuatkan Niena lebih berhati-hati dalam mengawal kadar pengambilan buah pisang oleh anaknya. Meskipun buah ini sering dikenali sebagai sumber makanan yang bagus untuk penghadaman, nyatanya tragedi ini membuka mata ramai.
Sumber : Facebook Niena Samsir
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
