Hanya Nasi Berlauk Air Kosong & Telur, Inilah Nasib 80 Pelajar Sekolah Tahfiz

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai sekolah tahfiz sering kali menjadi bualan oleh masyarakat di segenap media sosial. Selain masalah sosial, isu daripada segi kewangan juga ada kalanya memeritkan lagi perjalanan anak-anak ini untuk meraih ganjaran di syurga kelak. Begitulah situasi yang sedang melanda 80 orang pelajar sekolah tahfiz di Bukit Gedombak, Kelantan baru-baru ini. 

BACA: Isteri Suri Rumah, Suami Guru Tahfiz Gaji Cuma RM500. Tapi Rezeki Selalu Cukup

Makan nasi putih dengan air kosong

Menerusi portal Sinar Harian, kesemua pelajar yang berusia 8 hingga 20 tahun itu ada kalanya hanya dihidangkan dengan nasi putih berlauk air kosong dan telur goreng sebagai menu utama. Biarpun kedengaran agak daif, namun itulah rutin biasa sekiranya pihak pengurusan gagal menyediakan lauk-pauk. Tambah menyedihkan, ada sebahagian pelajar yang sempat berseloroh mahukan ayam goreng saat melihat ketibaan pihak media ke sana. 

Advertisement
Kredit foto Sinar Harian

Katil pun dah hampir roboh

Lebih meruntun jiwa, pelajar-pelajar juga terpaksa tidur dengan katil yang sudah roboh dan disokong oleh timbunan batu-bata sahaja. Bahkan ruangan mengaji pula hanya menggunakan meja usang yang diperbuat daripada papan lapis dan kayu. Bagaimanapun, kesusahan itu nyata tidak mematahkan semangat anak-anak syurga ini termasuklah Muhammad Hamzah Mohd Zubaidi, 13 tahun untuk terus mengejar impian menjadi penghafaz Al-Quran.

Saya seronok belajar di sini dan mahu mendalami Al-Quran.

Advertisement
Kredit foto Sinar Harian

 

Ramai yang tak mampu & miskin

Zakir Zakaria selaku mudir pula memberitahu bahawa pihaknya perlu menyediakan wang sekurang-kurangnya RM3,100 untuk mencukupi segala perbelanjaan harian. Sementara itu, dia mendedahkan bahawa kebanyakan pelajar di sana daripada latar belakang keluarga yang miskin sehingga tak mampu membayar yuran bulanan sebanyak RM100. Biarpun begitu, kesemua tenaga pengajar tetap setia mencurahkan bakti demi melahirkan lebih ramai para hafiz Al-Quran pada masa akan datang.

Advertisement
Kredit foto Sinar Harian

 

Sumber: Sinar Harian

Advertisement

Apa Komen Anda?