Viral

Hanya Sebab Minta Duit Nafkah Ke Suami, Isteri Merana Ajal Ditanam Bawah Katil

Hanya Sebab Minta Duit Nafkah Ke Suami, Isteri Merana Ajal Ditanam Bawah Katil

Dalam kehidupan berumah tangga pasti ada pasang surutnya. Apa yang pasti alam perkahwinan memang selalu dipenuhi dengan dugaan. Jika ada pertelingkahan ataupun masalah, langkah yang terbaik adalah duduk berbincang secara baik dan bukannya mengambil tindakan melulu. Namun, berbeza dengan apa yang berlaku pada sepasang suami isteri ini.

BACA:Cukup Atau Tidak, Suami Jangan Culas Bagi Nafkah Zahir Pada Isteri Yang Bekerja

Sanggup kasari isteri hanya kerana mintak duit belanja

Menerusi artikel Tribunnews, seorang lelaki yang sudah berumur lingkungan 70 an bertindak mengasari bahagian leher isterinya sendiri sehingga meragut nyawa. Kejadian yang berlaku di Bangodua, Indonesia itu adalah berpunca gara-gara wanita tersebut meminta sedikit wang nafkah daripada suaminya untuk dibuat belanja. Walau bagaimanapun, dia gagal memberikannya kerana tidak mempunyai duit.

Hanya Sebab Minta Duit Nafkah Ke Suami, Isteri Merana Ajal Ditanam Bawah Katil
Gambar Sekadar Hiasan

 

Tanam jasad bawah katil lepas berbau busuk

Setelah itu, lelaki terbabit keluar rumah selama tiga hari sebelum kembali melihat jasad isterinya terbaring kaku tidak bernyawa dan mulai membusuk. Panik dengan keadaan tersebut, dia mengambil keputusan untuk menanam Allahyarhamah di bawah katil milik mereka berdua.

Hanya Sebab Minta Duit Nafkah Ke Suami, Isteri Merana Ajal Ditanam Bawah Katil
Gambar Sekadar Hiasan

 

Jiran bau bangkai yang kuat sebelum jumpa jasad

Penemuan jasad tersebut terjadi apabila jiran sekeliling menghidu bau busuk yang kuat berhampiran rumah mereka. Walaupun sudah mengetuk pintu rumah lelaki itu berkali-kali bagi bertanyakan soal bau berkenaan, namun dia tidak membukanya. Lantas mereka menceroboh masuk melalui tingkap sebelum terjumpa satu bahagian tanah yang baru digali bawah katil mereka. Wanita itu dipercayai sudah kehilangan nyawa selama lebih 40 hari.

Hanya Sebab Minta Duit Nafkah Ke Suami, Isteri Merana Ajal Ditanam Bawah Katil

Hanya Sebab Minta Duit Nafkah Ke Suami, Isteri Merana Ajal Ditanam Bawah Katil

Sumber: Tribunnews

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Hanya Sebab Minta Duit Nafkah Ke Suami, Isteri Merana Ajal Ditanam Bawah Katil

Facebook

Telegram

herness