Family Cinta Inspirasi

Happy Nikah Muda, Ramai Terharu Lihat Parent Gigih Urus Anak Sebelum Naik Motor

Happy Nikah Muda, Ramai Terharu Lihat Parent Gigih Urus Anak Sebelum Naik Motor

Berkahwin pada usia muda bukanlah perkara asing yang pernah berlaku. Walaupun seakan-akan dipandang rendah oleh segelintir masyarakat, namun pasangan berkenaan mampu sahaja bahagia hingga ke hari tua. Bermula dari situ, ia sedikit-sebanyak mampu mengajar mereka untuk menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak.


BACA: Akui Pernah Takut Nak Kahwin Muda, Sofea Tidak Jealous Dengan Peminat Haqiem

Semangat pasangan kahwin muda, semuanya terstruktur dan sudah diatur

Sama juga seperti kisah yang berlaku di Indonesia ini mengenai kebahagiaan berkahwin di usia muda. Menerusi sorotan vhonywahyuni, di laman TikTok, kelihatan pasangan suami isteri tersebut sedang menguruskan cahaya matanya sebelum menunggang motosikal. Hal itu dibuat mereka bagi memastikan keselamatan si kecil terjamin semasa berada di jalan raya.

Happy Nikah Muda, Ramai Terharu Lihat Parent Gigih Urus Anak Sebelum Naik Motor

Gigih ‘ikat’ bayi sambil digendong bapa, masih mampu tersenyum walaupun serba kekurangan

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah kegigihan mereka bagi memastikan anaknya dalam keadaan selesa. Berdasarkan klip berdurasi 60 saat itu, si ibu dilihat sedang ‘mengikat’ si comel tersebut pada tubuh suaminya dengan penuh berhati-hati. Lebih mengharukan, mereka masih tidak lekang dek senyuman dan gelak ketawa walaupun hidup dalam serba kekurangan.


@vhonywahyuni

semuanya terstruktur dan sudah diatur 🕊️✨ #serunyalebaran

♬ Yang Terbaik Bagimu – Jangan Lupakan Ayah – Ada Band

Alhamdulillah, masih muda dah kenal erti tanggungjawab…terharu tengok mereka walaupun serba kekurangan

Secara keseluruhan, video tersebut telah mencapai sebanyak 6.5 juta views. Rata-rata netizen pada ruangan komen pula turut ikut sebak melihat pasangan itu menguruskan anak. Walaupun tidak berharta, namun mereka masih mampu tersenyum dalam menempuh pelbagai dugaan.


Happy Nikah Muda, Ramai Terharu Lihat Parent Gigih Urus Anak Sebelum Naik Motor

Happy Nikah Muda, Ramai Terharu Lihat Parent Gigih Urus Anak Sebelum Naik Motor

Happy Nikah Muda, Ramai Terharu Lihat Parent Gigih Urus Anak Sebelum Naik Motor

Kredit: TIkTok vhonywahyuni

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Happy Nikah Muda, Ramai Terharu Lihat Parent Gigih Urus Anak Sebelum Naik Motor

Facebook

Telegram