Tatkala usia baru mencecah 21 tahun, individu ini bakal menjejakkan kaki di Tanah Suci Makkah. Siapa lagi kalau bukan penyanyi serta komposer baru yang sangat terkenal iaitu Haqiem Rusli. Pengalaman pertama tersebut pastinya membuat penyanyi muda itu begitu teruja dan tidak sabar, lebih-lebih lagi dapat menunaikan tanggungjawab berkenaan bersama ahli keluarga besarnya.
BACA: Umi Nak Pakai Baju Ni Untuk Raya Lelaki Tahan Lapar Demi Tunai Impian Si Ibu
Pohon doa peminat sebelum tunai umrah
Penyanyi lelaki ini telah memuat naik satu status di laman Instagram memohon doa peminat serta orang ramai memandangkan dirinya sedang dalam perjalanan untuk menunaikan ibadat umrah. Selain itu, artis muda ini juga sempat meminta maaf jika seandainya pernah mengguris hati mana-mana pihak.
Bersyukur dapat bawa ibu bapa sekali
Menerusi artikel Harian Metro, penyanyi ini mengakui dirinya bersyukur kerana telah diberi peluang di usia yang muda untuk menjalani ibadah tersebut. Disamping itu, Haqiem turut gembira kerana telah berjaya mencapai impiannya untuk membawa kedua ibu bapanya untuk turut serta.
Kat sana nanti lupakan duniawi. Niat yang baik-baik
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata peminat penyanyi ini tidak melepaskan peluang untuk tinggalkan doa semoga segala urusannya dipermudahkan disamping mendapat umrah yang mabrur. Malah ada yang turut merasa gembira dengan perkhabaran tersebut setelah artis ini sering sahaja sibuk dengan kerjaya.
Sumber: Instagram Haqiem Rusli & Harian Metro
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura