Daun kesum adalah antara bahan yang paling penting dalam masakan laksa atau asam pedas. Namun, sayuran herba ini tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana mudah rosak. Jika nak jimatkan belanja, apa kata cuba tanam dengan cara yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter ini.
BACA: [FOTO] Snake Plant Bukan Hanya Hiasan, Tapi Mampu Bersih Habuk Di Segenap Rumah
Harga mahal tapi kuantiti sikit…senang jumpa kalau di kampung
Mengikut cara yang dikongsikan @petanikampung, mereka yang tinggal di bandar sering mengeluh gara-gara daun kesum yang dijual agak mahal dan tidak sepadan dengan harganya. Ia mudah diperoleh jika di kampung sama ada di tepi sungai mahupun parit. Namun jika di bandar, tumbuhan ini sukar ditemui hidup meliar.

Senang hidup di kawasan lembap, tak perlu dijaga rapi
Selain mudah tumbuh di kawasan lembap, daun kesum boleh ditanam dengan tanah hitam. Jika menggunakan pasu, ia perlu ditebuk pada jarak 5 cm agar air boleh mengalir ketika disiram. Pokok ini tidak perlu penjagaan rapi dan sesuai ditanam oleh mereka yang sibuk bekerja.
Boleh guna baja asli & letak jauh daripada cahaya matahari
Keratan batang pokok kesum yang diambil perlu direndam dalam air selama beberapa minggu. Jika nak bagi ia hidup lebih segar, penanaman ini boleh menggunakan baja asli dan jauhkannya daripada terdedah cahaya matahari. Tumbuhan ini juga digemari oleh belalang tetapi ada cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan daripada rosak.

Sumber: Twitter PetaniKg
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
