Cinta Family Inspirasi

Hargailah Jantung Rumah Tangga – Bila Isteri Gembira, Keluarga Pun Ikut Bahagia

Hargailah Jantung Rumah Tangga – Bila Isteri Gembira, Keluarga Pun Ikut Bahagia

Sharing is caring!

Sebelum ini, kita mungkin selalu mendengar kata orang bahawasanya seseorang suami itu adalah ‘kepala keluarga’. Gelaran tersebut biasa diungkapkan kerana mahu merujuk kepada status ketua bagi sesebuah institusi keluarga. Tapi, apakah pula gelaran yang terbaik buat para isteri? Hal ini kerana kebijaksanaan kedua-duanya sangat penting dalam mengatasi dugaan yang datang sekali gus mengekalkan kemanisan berumah tangga.

BACA: Letih Nak Melayan Ego Suami, Realitinya Ramai Isteri Hidup Dalam Tekanan

Hargailah Jantung Rumah Tangga – Bila Isteri Gembira, Keluarga Pun Ikut Bahagia
Gambar sekadar hiasan

Keluarga yang bahagia mempunyai seorang isteri yang gembira..

Hakikatnya, peranan seorang wanita amat mustahak dalam sesebuah rumah tangga. Jika tanggungjawab suami adalah membuat keputusan terbaik untuk keluarga, maka sudah pastilah ia akan dikawal dan diuruskan dengan cemerlang oleh isteri. Seperti perkongsian yang dibuat oleh saudara Firdaus Shakirin ini, dia menyifatkan para isteri adalah ibarat jantung yang berupaya untuk menghidupkan sesebuah perkawinan.

Hargailah Jantung Rumah Tangga – Bila Isteri Gembira, Keluarga Pun Ikut Bahagia


Hargailah Jantung Rumah Tangga – Bila Isteri Gembira, Keluarga Pun Ikut Bahagia
Gambar sekadar hiasan

Jika isteri tak sihat atau tiada…rasa seolah-olah tak lengkap

Kata lelaki ini lagi, kehilangan atau ketiadaan wanita yang sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang dicintai pasti memberikan kesan yang sangat mendalam terhadap ahli keluarganya, Meskipun mereka inilah yang sering membebel atau marah apabila berasa kurang senang, namun segala sifat itulah yang akan membuatkan sesebuah keluarga jadi makin berseri dan meriah.

Hargailah Jantung Rumah Tangga – Bila Isteri Gembira, Keluarga Pun Ikut Bahagia

Hargailah Jantung Rumah Tangga – Bila Isteri Gembira, Keluarga Pun Ikut Bahagia

Gembirakan isteri untuk jadikan rumah tangga bahagia


Tambahnya lagi, suami dan anak-anak juga cenderung untuk berasa gembira dan tenang apabila seseorang isteri mempunyai tahap kepuasan yang tinggi dalam perkahwinan mereka. Jadi sekiranya anda mungkin perasaan seperti ada sesuatu yang tidak kena dalam rumah tangga, periksalah dahulu keadaan atau mood suri hati masing-masing. Apabila masalah yang dihadapi mereka terubat, maka rumah tangga juga akan kembali pulih seperti sedia kala. 

Hargailah Jantung Rumah Tangga – Bila Isteri Gembira, Keluarga Pun Ikut Bahagia

Hargailah Jantung Rumah Tangga – Bila Isteri Gembira, Keluarga Pun Ikut Bahagia
Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Firdaus Shakirin


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!