Hari-Hari Terbayang Senyuman Isteri, Luahan Bapa Tunggal Ini Penuh Emosi

Sukar diungkapkan dengan kata-kata apabila kehilangan insan tersayang dalam hidup sesiapa pun. Ditambah pula jika selama ini individu tersebut merupakan peneman setia dan bertindak sebagai ‘tulang belakang’ kepada seluruh ahli keluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Begitulah gambaran mengenai kecekalan yang dihadapi oleh seorang lelaki bernama Mohamad Khusyairi selepas pemergian isteri tercinta.

BACA : Bayi Hilang Dari Kandungan, Wanita Kesal Dengan Sikap ‘Mak Cik Bawang’..

Tiada lagi ucap manis dari insan tercinta

Malah saat-saat indah ketika bersama isterinya turut diluahkan oleh lelaki berkenaan menerusi laman Facebooknya ternyata meluluhkan hati ramai. Menerusi perkongsian tersebut, Khusyairi mengakui bahawa amat sukar untuknya melupakan seorang insan yang pernah memberi kenangan dalam hidupnya.

Advertisement

Tiada lagi orang hidangkan makanan

Dalam pada itu, bapa kepada seorang cahaya mata ini sempat menitipkan rasa rindu yang terpendam dalam hatinya. Kongsinya, jika sebelum ini isterinya tidak pernah lalai dalam menjaga kebajikannya sekeluarga. Malah dia turut memuji wanita itu dalam menyempurnakan amanah dan tanggungjawab yang seharusnya dipikul oleh seorang isteri.

Advertisement

Advertisement

Kini hanya mampu tatap wajah itu di skrin telefon

Ujar bapa tunggal ini lagi, jiwanya sunyi dan kosong selepas pemergian isterinya kerana sebelum ini beliau banyak memberi semangat serta kekuatan untuknya dalam menghadapi dugaan. Dia bagaimanapun turut menasihati mereka yang masih mempunyai orang tersayang agar sentiasa menghargai sebelum ia terlambat.

Advertisement

Sumber : Facebook Mohamad Khusyairi

Advertisement

Apa Komen Anda?