Isu Semasa

Hari Pertama Hantar Mengasuh Bertukar Tragedi, Bayi Akhirnya Dijemput Illahi..

Hari Pertama Hantar Mengasuh Bertukar Tragedi, Bayi Akhirnya Dijemput Illahi..

Sharing is caring!

Tidak dinafikan, sukar bagi kebanyakkan ibu bapa membuat keputusan menggunakan khidmat pengasuh terutamanya jika anak masih kecil. Mana tidaknya, saban hari media melaporkan mengenai layanan teruk penjaga ke atas kanak-kanak tidak berdosa ini. Malah perkara inilah yang menjadi kebimbangan ibu bapa yang bekerja. Luluh, begitulah perasaan si ibu saat diuji dengan pemergian bayi kecil ketika berada di bawah jagaan orang lain.

BACA : Bapa Diuji Pemergian Bayi 9 Bulan, Caj Pengurusan Pula Melambung Tinggi


Tak sangka hari pertama hantar mengasuh bertukar tragedi

Memetik daripada laporan Harian Metro, seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun ditemui tidak sedarkan diri beberapa jam selepas dihantar di rumah pengasuhnya di Taman Melati semalam. Sufiah mengakui bahawa dia sangat terkejut memandangkan itu adalah hari pertama bayinya dihantar ke pengasuh berkenaan.

Hari Pertama Hantar Mengasuh Bertukar Tragedi, Bayi Akhirnya Dijemput Illahi..

Hari Pertama Hantar Mengasuh Bertukar Tragedi, Bayi Akhirnya Dijemput Illahi..
Gambar Sekadar Hiasan
Hari Pertama Hantar Mengasuh Bertukar Tragedi, Bayi Akhirnya Dijemput Illahi..
Gambar Sekadar Hiasan

Malangnya, Aydan disahkan pergi buat selamanya

Menurutnya, dia bergegas pulang dari tempat kerja ke rumah pengasuh berkenaan setelah dimaklumkan wanita itu mengenai keadaan anaknya yang lemah kira-kira jam 12 tengah hari.  Aydan bagaimanapun dirujuk ke pusat perubatan berdekatan bagi mengesahkan keadaan kesihatannya.


Hari Pertama Hantar Mengasuh Bertukar Tragedi, Bayi Akhirnya Dijemput Illahi..

Hari Pertama Hantar Mengasuh Bertukar Tragedi, Bayi Akhirnya Dijemput Illahi..
Gambar Sekadar Hiasan

Mahukan keadilan, tak bermaksud nak salahkan sesiapa

Sufiah berkata, anak keduanya itu sebelum ini dijaga oleh keluarganya. Namun dia dan suami akhirnya mengambil keputusan untuk menghantar anak mereka ke rumah pengasuh. Hal ini bertujuan supaya anaknya dapat bergaul dengan kanak-kanak lain yang seusianya. Dia dan suami bagaimapun reda dengan pemergian anak lelakinya selain berharap keadilan terhadap punca insiden tersebut. Jelasnya lagi, dia bukanlah bermaksud mahu menyalahkan sesiapa tetapi ingin mengetahui punca kejadian menimpa anaknya.

Hari Pertama Hantar Mengasuh Bertukar Tragedi, Bayi Akhirnya Dijemput Illahi..

Hari Pertama Hantar Mengasuh Bertukar Tragedi, Bayi Akhirnya Dijemput Illahi..
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Harian Metro


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Hari Pertama Hantar Mengasuh Bertukar Tragedi, Bayi Akhirnya Dijemput Illahi..

Sharing is caring!