“Hari2 You Bagi Kehidupan Bermakna..” – Stacy Titip Ucapan Sweet Pujuk Suami

Sama ada hidup dalam keluarga yang kecil mahupun besar, hidup manusia dengan institusi kekeluargaan amat penting. Malah perkara ini juga boleh berada di tahap yang paling tinggi apabila semua pihak di dalamnya percaya serta saling menghargai antara satu sama lain khususnya suami isteri. Begitulah yang boleh digambarkan ramai terhadap hubungan sepasang suami isteri penyanyi ini, iaitu Stacy dan Akim Ahmad. 

BACA: ‘Pertubuhan’ Jadi ‘Persetubuhan’, Stacy Tersasul Teruk Ketika Membaca Berita!

Menurut Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam, suaminya pernah meluahkan rasa bersalah kerana tidak memberikan hadiah yang istimewa sempena ulangtahun kelahirannya pada 18 Ogos yang lalu. Tapi menerusi posting terbaru di Instagram miliknya,  dia ada memuat naik foto dengan Akim berserta kapsyen yang sangat mengharukan. 

Hari2 you dah bagi I kehidupan yang bermakna…syukur sangat

Hidup kena positif…buang air yang keruh, tukar dengan air ada filter

Tambah juara program realiti Akademi Fantasia musim ke-6 ini lagi, dia juga sempat menitipkan kata-kata yang berupa peringatan untuk mereka sekeluarga. Antara pesanan yang dikatakan olehnya adalah jangan kalah pada ujian hidup, selalu positif dalam hidup dan ikhlas mencari rezeki demi menyara keluarga.

Tak payah handbag bagai…cukup lah jiwa emas you berikan pada I selama ni

Selain itu Stacy turut memujuk suaminya itu agar jangan terlalu memikirkan sangat mengenai hari lahirnya yang baru saja berlalu itu. Hal ini kerana komitmen yang diberikan oleh Akim terhadap keluarga kecil mereka sejak dari awal perkahwinan sudah cukup menjadi suatu ‘hadiah’ yang amat bermakna dalam hidupnya. Dalam pada itu, rata-rata pengikut di laman sosial penyanyi ini turut bersetuju serta tersentuh dengan kata-kata penghargaan yang sweet buat insan yang istimewa dalam hidupnya.

Sumber: IG stacyanam

Apa Komen Anda?