“Haritu Nampak Dah Pakai Tudung”- On Off Berhijab, Fasha Sandha Ditegur Peminat

Seperti Fazura, Fasha Sandha juga telah mengikut jejak langkahnya untuk mengenakan hijab ketika bulan puasa sebagai tanda hormat di bulan yang mulia itu. Ramai peminat begitu menyokong sikap tersebut selain mendoakan agar selebriti kegemaran mereka itu terus terbuka hati untuk menutup aurat. Namun sejak tibanya hari raya, Fasha dilihat telah tampil semula dengan imej seperti sediakala ketika mengunjungi beberapa majlis.

BACA: ‘Sebelum Cuti Raya, Doktor Dah Pesan..’ – Akibat Terlalu Lasak, Fasha Keguguran!

Haritu nampak dah pakai tudung 

Dalam foto terbaru yang dikongsikan Fasha Sandha semalam, telah meraih komen berupa teguran daripada seorang individu ini berkaitan imejnya. Ia berikutan baju renang yang dipakai Fasha agak ketat ketika dia sekeluarga sedang meluangkan masa bersantai di kolam renang. Bagi individu itu, Fasha kelihatan sangat cantik ketika bertudung meskipun potongan bajunya agak ketat. 

View this post on Instagram

🥰 Terima kasih suami , melengkapkan hidup kami ❤️👨‍👩‍👧‍👦 . . . #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Nak ubah terus takut hijrah tak kekal lama

Pada pendapat netizen, apa yang penting adalah hati yang ikhlas untuk berubah. Ini kerana penghijrahan tidak perlu dibuat atas dasar terpaksa kerana mungkin perubahan baik itu tidak akan kekal lama. Akhirnya, individu itu akan terdorong untuk kembali kepada cara hidup lama semula kerana tidak bersedia dari segi rohani sepenuhnya. 

Saya buat kerana Allah, bukan untuk memenuhi kemahuan followers

Dalam pada itu, komen teguran berhemah individu itu turut mendapat respon daripada Fasha Sandha di ruangan balas. Bagi Fasha, dia hanya akan berubah kerana Allah, bukan semata-mata untuk memenuhi kehendak peminat di Instagram. Di hujung komennya, Fasha juga sempat berterima kasih kerana peminat mendoakan perkara yang baik untuknya. 

Yang penting hati bersih dan ikhlas

Respon Fasha telah meraih sokongan dan dorongan ramai netizen yang bersetuju dengan pendapatnya. Apa yang penting adalah penghijrahan perlu dibuat dengan hati yang ikhlas kerana Tuhan, bukan kerana ingin mengikut trend semasa memandangkan hari ini ramai yang mula mengenakan tudung kerana fesyen. Fesyen hari ini dilihat ramai hijabista memakai tudung yang singkat dan menampakkan bahagian dada. 

Sumber: IG fashasandha

Apa Komen Anda?