Hasil Diet Makan Cuma Sekali Sehari, Lelaki Ini Berjaya Turunkan 40 KG!

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Itulah ungkapan yang paling tepat bagi mereka yang sedang berusaha untuk memperbaiki penampilan diri masing-masing. Mungkin di saat ini ada yang masih mengharapkan ‘pil-pil ajaib’ demi menguruskan badan masing-masing, namun tidak bagi lelaki yang dikenali sebagai Awie Azfar ini. Walaupun rutin yang dilakukan olehnya agak getir, namun dia sendiri turut kagum dengan pencapaiannya untuk tampil lebih sihat.

BACA: 5 Tahun Tinggal Di Jeju, Wanita Ini Dedah Rahsia Penjagaan Wajah Rakyat Korea

Aku sendiri pun tak percaya!

Menerusi perkongsian di laman Twitter baru-baru ini, Awie mendedahkan perjalanan dan rahsia menghilangkan 40 kilogram dalam masa setahun.

Cara diet ni aku tak sarankan sangat…yang selalu gastrlk buat cara lebih sihat

Makan sehari sekali je…malam memang tak makan

Yang tak boleh tahan boleh buat diet Atkins…

Beza raya 2017 & 2018

Dalam pada itu, Awie turut menyarankan orang ramai agar sentiasa konsisten dan jangan berhenti di setengah jalan untuk diet secara sihat sepertinya. Tambahnya lagi, jika anda baru mula bersukan, pastikan ikut rentak sendiri dan utamakan untuk bina stamina dahulu.

Bila dah lama berat turun banyak…kau jadi seronok!

Kalau jogging pula jangan gopoh…jaga pace sendiri

Sumber: Twitter awieazfar

Apa Komen Anda?