Hasil Video Gempak Pemuda Ini Dapat Perhatian Zach King, Siap Ajak Jumpa Lagi!

Jika sebelum ini kecoh apabila petikan gitar pemuda tempatan dapat perhatian penyanyi antarabangsa, Ali Gatie. Kali ini giliran Instafamous yang sedang meningkat naik pula, Mohamad Sofian apabila dia menerima mesej daripada YouTuber sensasi dunia iaitu Zach King yang mahu berjumpa dengannya. Remaja berusia 23 tahun ini kerap berkongsi video menarik di laman media sosial miliknya yang memaparkan trick dan tahap editing yang sangat hebat. Semuanya nampak real!

BACA: Sorang Di Sabah, Sorang Di Johor – Kalau Dah Jodoh, Jarak Bukanlah Penghalang!

Tiada perkataan yang boleh gambarkan perasaan saya sekarang. Lepas 4 tahun jadikan kamu sebagai idola, akhirnya dapat juga mesej peribadi. Walaupun saya bukan berasal dari Indonesia & mungkin tak berkesempatan untuk berjumpa dengan kamu kali ini, tapi saya tahu yang kita pasti akan bersua juga satu hari nanti. Terima kasih banyak.

Malah dia sendiri pernah membuat sebuah video khas yang menampilkan dirinya bersama-sama dengan King sekitar hujung tahun lalu.

Berkongsi paparan mesej yang dikirimkan oleh digital creator di laman Twitter, Sofian akui terharu kerana dia sudah meminati Zach King sejak beberapa tahun lagi dan berusaha untuk jadi hebat sepertinya. Walaupun tersalah anggap pemuda ini berasal dari Indonesia, namun Sofian tidak ralit dengan perkara tersebut. Perkara ini turut mendapat perhatian ramai netizen dan kalangan selebriti yang mengenalinya. Haniff sendiri turut berminat untuk sponsor tiket penerbangan Sofian ke Indonesia bagi merealisasikan impiannya.

Sumber: IG sofyank96 & zachking

Apa Komen Anda?