Inspirasi Viral

Hasrat Abam Tak Kesampaian, Kucing Misteri Datang Teman Hamzah Tidur

Hasrat Abam Tak Kesampaian, Kucing Misteri Datang Teman Hamzah Tidur

Sharing is caring!

Pemergian Allahyarham Abam Bocey pada 10 Februari lalu telah memberikan kesan yang sangat besar kepada orang ramai. Setiap hari ada sahaja cerita mengenainya dibongkarkan kepada umum dan ternyata dia seorang yang sangat budiman ketika hayatnya. Siapa menyangka, rupanya banyak kebaikan yang telah dilakukan Allahyarham. Malahan, keluarga dan sahabatnya juga masih lagi bercerita tentang pelawak itu di media sosial.

BACA: [VIDEO] “Dia Nak Rehat..” – Hanya Tinggal Kenangan, Fad Rindu Nak Sakat Abam

Tidur ditemani kucing

Dalam pada itu, salah seorang rakan Allahyarham bernama Mohd Syukri Abdullah sempat membuat posting terbaru tentang anak Abam iaitu Hamzah. Dalam gambar itu, budak berusia 8 bulan tersebut sedang tidur bertemankan seekor kucing. Siapa menduga di sebalik gambar itu, ada kisah yang tersimpan. Perkongsiannya itu telah mencetuskan rasa sebak di kalangan netizen dan meraih lebih dari 7 ribu tanda suka setakat ini.


Hasrat Abam Tak Kesampaian, Kucing Misteri Datang Teman Hamzah Tidur

Hasrat Abam tidak kesampaian

Menurutnya, kucing tersebut datang secara tiba-tiba selepas pemergian Allahyarham Abam dan telah menjadi peneman Hamzah ketika tidur sehingga kini. Dia turut memberitahu bahawa Allahyarham Abam pernah meluahkan hasrat ingin membeli seekor kucing untuk dijadikan peneman isterinya. Namun begitu, hasrat tersebut tidak sempat dilaksanakan.

https://www.instagram.com/p/B8hCfSSpgFJ/

Semoga Hamzah menjadi anak yang soleh

Posting lelaki tersebut telah menjadi perhatian para netizen. Rata-rata mereka mendoakan agar Hamzah membesar menjadi anak yang soleh. Mereka juga memberitahu di ruangan komen bahawa Allah telah menghantar kucing itu sebagai peneman buatnya. Dalam pada itu, ada juga yang mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham Abam.


Hasrat Abam Tak Kesampaian, Kucing Misteri Datang Teman Hamzah Tidur Hasrat Abam Tak Kesampaian, Kucing Misteri Datang Teman Hamzah Tidur Hasrat Abam Tak Kesampaian, Kucing Misteri Datang Teman Hamzah Tidur

Sumber: Instagram syukkicuk


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Hasrat Abam Tak Kesampaian, Kucing Misteri Datang Teman Hamzah Tidur

Sharing is caring!