Selamat mendirikan rumah tangga 28 November lalu, perkahwinan Safawi Rasid (Pawi) dan juga Syifa Melvin nampaknya masih menjadi bualan ramai. Pada semalam pula, telah tular beberapa keratan video lucu siaran langsung memperlihatkan perbualan di antara adik beradik The Melvin.
BACA :Â Isteri Bekalkan Nasi Bentuk Love, Pengantin Baru Segan Dibahan Rakan Sekerja
Tadi pi lalu bilik depa depan laut, angkat tangan ja…Hat jantan tak main peranan langsung
Disaksikan hampir 1.5 ribu orang, mereka berempat mula bergurau ‘mengutuk ‘Safawi dan Syifa yang katanya asyik berkepit dan tidak menyapa kehadiran keluarga dari Kuala Lumpur. Bahkan apabila melintasi bilik pengantin baru, kedua-duanya cuma angkat tangan sahaja. Terlihat Syatilla yang berada di tengah paling rancak ‘membawang’ dengan ekspresi muka kelakar.
@nadyanaerwany Hahahaa harey ler depa nie😂😂 keras perut weiii dok gelakk… @SyatillaMelvin #syifamelvin
Dia datang, datang guys…Kita ni bukan mengata adik beradik, tadi semua melawak ja takdo apa aihh
Selain itu dalam satu lagi video, semuanya mula menjerit dengan kuat kerana tiba-tiba pengantin baru itu masuk ke dalam ruangan berkenaan. Mereka kemudian menjelaskan semula semua itu cumalah gurauan sesama keluarga sahaja.
@nadyanaerwany Ishh lahai hampa nie..hahahaha..1 perut 1 lorong🤣🤣 #syifamelvin @SyatillaMelvin
Dia punya sound tepat, takde terpesong langsung nyahhh…Nampaklah diaorang ni betul-betul rapat
Melalui ruangan komen, gelagat masuk air keluarga itu yang mengumpat di live berjaya menghiburkan ramai netizen. Namun daripada cara melawak yang agak kasar, mereka yakin keluarga ini mempunyai pertalian sangat rapat.
Kredit : TikTok NADYA
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
