Tips

Hati-Hati! Kentang Pun Boleh Jadi R4cun Pada Badan & Makanan Anda!

Hati-Hati! Kentang Pun Boleh Jadi R4cun Pada Badan & Makanan Anda!

Kentang adalah sejenis bahan masakan yang sangat popular dikalangan masyarakat Malaysia kerana boleh dimasak dalam pelbagai rupa dan jenis makanan. Tetapi pernahkan anda tahu, bahawa kentang juga boleh berisiko menjadi r@cun yang memudaratkan badan? Walaupun ianya merupakan sejenis sayuran yang boleh disimpan lama, tetapi kentang masih mempunyai waktu expired tersendiri yang menyebabkan tidak layak untuk dimakan atau dimasak lagi. Jom ketahui tanda-tanda kentang anda yang sudah bertukar menjadi r@cun!

BACA: “Gila Ka Makan Nasi 2 Kali Ja?” – Che Ta Dedah Rahsia Kekal Ramping

1) Kentang Yang Sudah Bercambah Tunas

Hati-Hati! Kentang Pun Boleh Jadi R4cun Pada Badan & Makanan Anda!
Gambar sekadar hiasan

Jika anda pernah terjumpa kentang yang dah keluar tunas seperti ini, ianya adalah petanda yang kentang itu sudah disimpan terlalu lama. Biasanya kalau nak jimat, kita buang sahaja tunas-tunas tu sebab sayang hendak buang kesemuanya. Tetapi tindakan itu boleh memb@hay@kan tubuh badan kita! Lebih baik buang sahaja kentang yang sudah bercambah tunas itu kerana ia mengandungi t0ksik glycoalkaloids-solanin dan chaconine yang banyak.

2) Kulit Berkedut Tanda Kentang Sudah Tua!

Hati-Hati! Kentang Pun Boleh Jadi R4cun Pada Badan & Makanan Anda!
Gambar sekadar hiasan

 

Kentang yang sudah tua memiliki ciri-ciri kulit yang berkedut dan teksturnya yang lembik. Hal ini disebabkan oleh kandungan solanin iaitu mekanisme pertahanan bagi kentang untuk melawan serangga, telah meningkat. Mungkin juga kerana  ia ditempatkan di tempat yang lembab dalam tempoh yang lama.


3) Kentang Berkulit Kehijauan

Hati-Hati! Kentang Pun Boleh Jadi R4cun Pada Badan & Makanan Anda!
Gambar sekadar hiasan

Apabila anda menyimpan kentang di bawah cahaya matahari, ia akan cenderung berubah warna kepada warna hijau. Anda perlu sentiasa berwaspada bahawa kentang begini mengandungi solanin yang mempunyai glikoalkaloid jahat yang mampu menyebabkan kem4tian! Namun kita masih lagi boleh memakannya dengan syarat lapisan hijau tersebut harus dibuang dahulu.

4) Kentang Lebam Dan Busuk

Hati-Hati! Kentang Pun Boleh Jadi R4cun Pada Badan & Makanan Anda!
Gambar sekadar hiasan

Pernah tak hidu kentang yang baru dibeli? Kita boleh dapati terdapat aroma segar dan ringan yang ada pada kentang tersebut. Namun jika kentang sudah rosak dan busuk, maka bau nya juga sudah berubah. Bukan kata pada baunya sahaja, rasanya juga akan menjadi pahit! Tetapi jika ia membusuk pada bahagian tertentu, anda boleh je potong bahagian yang busuk dan teruskan memasak.

Dah tahu tanda-tanda di atas, mesti nak tahu tips pilih kentang yang betul kan? Jom kita lihat 5 tips pilih kentang terbaik!


Hati-Hati! Kentang Pun Boleh Jadi R4cun Pada Badan & Makanan Anda!
Gambar sekadar hiasan

#1 Permukaan Kentang Yang Licin

Permukaan kulit yang licin dan tidak beralun terdapat rasa yang manis pada kentang!

#2 Pilih Kentang Yang Berat!

Kentang yang baik, perlulah berat. Kalau dah terasa berat, dah betul lah tu! Nak lagi baik, cari lah yang berkulit tebal dan ada garisan warna coklat pada kulitnya.

#3 Jangan Pilih Yang Dah Tumbuh Tunas

Dari tanda-tanda kat atas tadi, dah tahu kan sebab nya kenapa kita perlu elakkan? Jadi bila nampak ada yang dah bertunas, elakkan pilih kecuali jika mahu menanamnya.


Hati-Hati! Kentang Pun Boleh Jadi R4cun Pada Badan & Makanan Anda!
Gambar sekadar hiasan

#4 Tengok Dari Segi Pemilihan Warna

Elakkan mengambil kentang yang berwarna hijau! Rasanya pahit dan boleh menyebabkan s@kit perut. Warna yang paling baik adalah kuning muda keemasan.

#5 S@iz Kentang

S@iz juga penting dalam pilihan kentang yang terbaik. Jika hendak membuat kerepek, pilihlah kentang yang bers@iz besar. Jika mahu dibakar, pilih yang kecil sudah memadai. Malah rasanya lebih manis.

Hati-Hati! Kentang Pun Boleh Jadi R4cun Pada Badan & Makanan Anda!
Gambar sekadar hiasan

sumber: Sinar, Mingguan Wanita

Facebook

Telegram