Cinta Inspirasi

“Hati Isteri Berbunga, Tandanya Sayang”- Yatt Hamzah Kongsi Resepi Bahagia

“Hati Isteri Berbunga, Tandanya Sayang”- Yatt Hamzah Kongsi Resepi Bahagia

Sharing is caring!

Mengenali personaliti Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati binti Hamzah bukanlah seorang wanita biasa. Selain kelihatan cantik di usia hampir 40-an, dia juga kerap memuat naik kata-kata motivasi dan perkongsian yang berguna buat masyarakat. Dalam posting terbarunya di Instagram, ibu anak tiga ini telah berkongsi beberapa tips untuk ‘memikat’ para isteri.

BACA: Hargailah Jantung Rumah Tangga – Bila Isteri Gembira, Keluarga Pun Ikut Bahagia

“Hati Isteri Berbunga, Tandanya Sayang”- Yatt Hamzah Kongsi Resepi Bahagia

Hargai isteri, bentuk moment romantik

Menurut Yatt, isteri akan bahagia apabila dihadiahkan dengan pujian ikhlas daripada suami. Malah emosi isteri  yang kadang kala tidak menentu terutama apabila mereka letih dan tertekan merupakan masa terbaik buat para suami menawarkan diri menyiapkan tugasan di rumah. Dengan cara ini juga, moment romantik boleh dibentuk apabila kerja rumah dilakukan bersama.


“Hati Isteri Berbunga, Tandanya Sayang”- Yatt Hamzah Kongsi Resepi Bahagia“Hati Isteri Berbunga, Tandanya Sayang”- Yatt Hamzah Kongsi Resepi Bahagia

“Hati Isteri Berbunga, Tandanya Sayang”- Yatt Hamzah Kongsi Resepi Bahagia

Beri peluang kongsi pandangan bersama

Isteri juga sering dianggap sebagai pendukung utama suami, jadi mereka wajib untuk dihargai serta dibelai dengan ucapan sayang seperti mana yang sering dilakukan pada awal perkahwinan. Meskipun taraf pendidikan dan kerjaya isteri berbeza, suami wajib memberi ruang kepada mereka berkongsi pendapat demi menjamin kebahagian rumah tangga.

“Hati Isteri Berbunga, Tandanya Sayang”- Yatt Hamzah Kongsi Resepi Bahagia“Hati Isteri Berbunga, Tandanya Sayang”- Yatt Hamzah Kongsi Resepi Bahagia

Luangkan masa, cipta kenangan

Pelakon dan pengacara ini turut menegaskan sebagai tanda penghargaan, suami janganlah lokek untuk membawa isteri berehat di tempat percutian impian mereka. Meskipun begitu, pemberian bunga buat isteri juga masih dirasakan perlu selain kucupan khas bagi menyemai rasa kasih antara suami isteri. 


“Hati Isteri Berbunga, Tandanya Sayang”- Yatt Hamzah Kongsi Resepi Bahagia

“Hati Isteri Berbunga, Tandanya Sayang”- Yatt Hamzah Kongsi Resepi Bahagia “Hati Isteri Berbunga, Tandanya Sayang”- Yatt Hamzah Kongsi Resepi Bahagia

“Hati Isteri Berbunga, Tandanya Sayang”- Yatt Hamzah Kongsi Resepi Bahagia

Sumber: Instagram Yatt Hamzah


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!