Viral

Hentak Pintu Berkali Masih Susah Tutup, Ayah Tak Perasan Anaknya Bawah Peti Ais

Hentak Pintu Berkali Masih Susah Tutup, Ayah Tak Perasan Anaknya Bawah Peti Ais

Melalui fasa usia sedang membesar, anak-anak biasanya suka ‘berkepit’ dan mahu mengikuti ibu ayah mereka walau ke mana jua meskipun sedang berada di dalam rumah. Antara ruangan yang sangat mereka suka terokai adalah sekitar dapur kerana banyak peralatan menarik selain barangan elektrik. Namun dalam keterujaan itu, kadangkala boleh berlaku insiden kecil lagi-lagi apabila penjaga terlepas pandang meskipun sekejap.

BACA : Mat Rempit Tak Boleh Berjaya? Anak Bongkar Kisah Lama Ayah Bergelut Ubah Hidup

Cuba tutup peti ais tapi asyik tak boleh rupanya…

Melucukan tapi lawak, demikianlah gambaran yang terlintas di kepala apabila seorang ayah ini tidak sedar akan keberadaan anaknya sendiri. Pada waktu pagi selepas selesai mengambil air, dia cuba untuk menutup pintu peti ais di dapur. Namun peliknya, seolah-olah ada yang menghalangnya berbuat demikian meskipun sudah berkali-kali ia dihentak perlahan. Tidak lama kemudian, barulah dia menyedari bahawa anak gadisnya yang masih kecil ada ‘terselit’ di bahagian bawah.

@samsfinestcuts

Rough morning 😢 #kids #coffee #morning #tierd #xyzbca #trendy #father #world #viral #samsfinestcuts #fypシ #fyp #early

♬ original sound – Sam’s Finest

Rasa jahat pula tergelak…Nasib tak jadi apa-apa

Mujur sahaja dia tidak melaung-laung kuat. Sebaliknya kanak-kanak berambut perang itu hanya menggar-garu kepalanya mungkin sedikit kurang selasa kesan daripada terkena pintu peti sejuk berkenaan. Sejak dimuat naik beberapa hari lalu, rakaman pendek itu sudah pun meraih lebih sejuta tontonan daripada netizen. Bukan sahaja terhibur hingga gagal menahan ketawa, malahan ada yang sempat berkongsikan pengalaman sama di mana tidak sengaja menyakiti anak sendiri.

Hentak Pintu Berkali Masih Susah Tutup, Ayah Tak Perasan Anaknya Bawah Peti Ais

Hentak Pintu Berkali Masih Susah Tutup, Ayah Tak Perasan Anaknya Bawah Peti Ais

Hentak Pintu Berkali Masih Susah Tutup, Ayah Tak Perasan Anaknya Bawah Peti Ais

Sumber : TikTok Samfinestcut

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Hentak Pintu Berkali Masih Susah Tutup, Ayah Tak Perasan Anaknya Bawah Peti Ais

Facebook

Telegram