Antarabangsa Kesihatan

Hidap COVID-19 Lepas Sentuh Pakaian Tercemar, Staf Dobi Jangkiti 12 Orang Lain

Hidap COVID-19 Lepas Sentuh Pakaian Tercemar, Staf Dobi Jangkiti 12 Orang Lain

Beberapa minggu lepas, wilayah Wuhan di China telah dilaporkan bebas daripada pandemik COVID-19. Akan tetapi langkah berjaga-jaga mestilah diamalkan selalu jika tidak, berlaku kejadian seperti di sebuah dobi ini.


BACA: Teringin Sarung PPE, Doktor Sertai Misi COVID-9 Walau Pernah Dilarang Ibunya

Mempunyai banyak kontak dengan pelancong Rusia

Memetik laporan Mirror UK, seorang ahli epidemiologi dari Chinese Center for Disease Control and Prevention telah melakukan kajian terhadap sebuah kluster seorang wanita tempatan di wilayah Jilin. Pekerja dobi tersebut difahamkan telah mempunyai banyak kontak dengan pelancong dari negara Rusia sekitar 8 hingga 30 April lalu.


Hidap COVID-19 Lepas Sentuh Pakaian Tercemar, Staf Dobi Jangkiti 12 Orang Lain
Gambar Sekadar Hiasan

Wanita itu menjangkiti beberapa ahli keluarga lain juga

Selain itu, staf dobi berkenaan turut dilaporkan telah menjangkiti beberapa ahli keluarga lain termasuklah suami dan tiga orang adik perempuannya. Kajian yang telah dijalankan juga berjaya membuktikan bahawa kepekatan virus boleh menjadi lebih tinggi ketika dalam sebuah bilik persalinan.


Hidap COVID-19 Lepas Sentuh Pakaian Tercemar, Staf Dobi Jangkiti 12 Orang Lain
Gambar Sekadar Hiasan

Mungkin bukan disebabkan oleh pekerja itu

Buat masa kini, 13 individu terbabit sedang menjalani sebuah proses bagi mengenal pasti punca jangkitan oleh Pakar daripada Suruhanjaya Kesihatan Nasional dan Chinese Center for Disease Control and Prevention. Walau bagaimanapun, pakar berkenaan turut menolak dakwaan bahawa pekerja dobi itu adalah pembawa virus COVID-19 yang sebenar.

Hidap COVID-19 Lepas Sentuh Pakaian Tercemar, Staf Dobi Jangkiti 12 Orang Lain
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Mirror UK

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Hidap COVID-19 Lepas Sentuh Pakaian Tercemar, Staf Dobi Jangkiti 12 Orang Lain

Facebook

Telegram