Hikmah Gagal Masuk Diploma, Wanita Luah Syukur Ditawarkan Jadi Pegawai Penjara

Zaman sekarang ini, bukan mudah untuk mencari pekerjaan yang diminati. Selain ada sesetengah syarikat mahu mengurangkan lagi kos operasi, kadar persaingan yang agak tinggi ekoran penambahan bilangan graduan pada setiap tahun turut menyumbang trend tersebut. Namun begitu, usaha yang tidak berbelah bahagi pasti akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal seperti kisah seorang wanita bernama Nurul Shahanim Binti Ayob ini.

BACA:ย Guru Ini Tabah ‘Layan’ Cakap Orang Kampung – “Tak Hina Pun Suami Pemandu Lori”

Tak dapat sambung diploma…kecewakan permintaan umi abah

Selepas memperoleh keputusan SPM kira-kira 3 tahun lalu, dia berasa agak kecewa kerana tidak dapat menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Walaupun belum dapat menunaikan hasrat kedua ibu bapanya pada masa itu, Shahanim tetap meneruskan perancangannya ke menara gading dengan mendaftar STPM pula.

Pergi interview pegawai penjara…masa cuti STPM dapat surat panggilan

Dalam tempoh berkenaan, dia turut mendaftar permohonan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan menjalani beberapa sesi temuduga. Namun begitu, wanita berusia 20 tahun ini tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi kerana proses tersebut biasanya mengambil masa yang agak panjang. Ternyata urusannya dipermudahkan apabila menerima surat tawaran di Penjara Wanita Kajang selepas peperiksaan STPM.

Muka umi abah berseri senyum…menitik air mata tengok

Berjaya tamat latihan…bangga & syukur jadi pegawai penjara

Setelah hampir 4 bulan menjalani latihan kursus asas, usaha Shahanim untuk membanggakan kedua-dua ibu bapa akhirnya terbayar apabila dia ditauliahkan sebagai pegawai penjara pada bulan April yang lalu. Sejak dari itu, dia bukan sahaja bangga menjawat kerjaya selaku pegawai dalam unit beruniform. Bahkan dia turut berbangga kerana kekecewaan pada masa lampau telah terbalas dengan kejayaan yang dikecapi hari ini.

Kita hanya merancang…tapi Allah dah atur cantik perjalanan hidup kita

Sumber: Twitterย nurulshahanim_

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?