Kesihatan

Hilang Minat Nak Buat Kerja Sendiri, Rupanya Petanda Anda Ada Burnout Syndrome

Hilang Minat Nak Buat Kerja Sendiri, Rupanya Petanda Anda Ada Burnout Syndrome

Sharing is caring!

Sekarang ini semakin ramai yang tertekan kerana terlalu penat bekerja. Ditambah lagi beban kerja yang tidak setimpal dengan gaji yang diberikan. Perkara seperti ini boleh membawa kepada stress sehingga menyebabkan burnout. Kepada siapa-siapa yang merasakan seperti mempunyai masalah ini, seelok-eloknya lakukanlah pemeriksaan di mana-mana pusat kesihatan atau mendapatkan rawatan kaunseling bagi mengatasinya.

BACA: Orang Kata Lepasan Master Susah Dapat Kerja, Jangan Risau Allah Dah Aturkan

Burnout syndrome

Burnout syndrome adalah satu masalah stress yang berlaku akibat terlalu tertekan dengan pekerjaan. Ia terjadi apabila seseorang itu sudah mula kehilangan minat dengan pekerjaannya. Mereka tidak lagi mempunyai motivasi untuk meneruskan kerja dan akhirnya menjadi tidak produktif. Syndrome ini boleh membuatkan seseorang itu kehilangan tenaga dalam aktiviti harian mereka.


Hilang Minat Nak Buat Kerja Sendiri, Rupanya Petanda Anda Ada Burnout Syndrome
Gambar sekadar hiasan

Sering kali merasa penat membuat kerja

Secara umumnya, terdapat beberapa petanda yang menunjukkan seseorang itu mempunyai syndrome ini. Antaranya ialah sering merasa penat serta kelesuan. Ia berlaku apabila seseorang itu kerap kali merasa rimas dan letih dari segi emosi sehingga kehabisan tenaga sekali gus tidak mampu untuk meneruskan kerja. Mereka turut akan mempunyai beberapa masalah kesihatan seperti rasa kurang selesa pada perut dan masalah pencernaan akibat terlalu stress.

Hilang Minat Nak Buat Kerja Sendiri, Rupanya Petanda Anda Ada Burnout Syndrome
Gambar sekadar hiasan

Mengasingkan diri daripada sebarang aktiviti di tempat kerja

Selain itu, mereka akan sering merasa seperti kerja yang seharusnya dilakukan itu terlalu banyak sehingga menyebabkan stress dan kemarahan. Penghidap syndrome ini juga akan menjadi tidak kisah dengan keadaan sekelilingnya dan mengabaikan rakan sekerja. Bahasa mudahnya, mereka gemar menjadi ‘kera sumbang’ dan tidak bergaul dengan orang lain. Tambahan pula, burnout ini juga boleh membuatkan seseorang itu berasa penat dan menimbulkan rasa tidak ingin bekerja lagi.


Hilang Minat Nak Buat Kerja Sendiri, Rupanya Petanda Anda Ada Burnout Syndrome
Gambar sekadar hiasan

Prestasi kerja menurun

Malahan, mereka yang mempunyai burnout syndrome ini juga kebiasaannya akan menjadi tidak produktif. Hal ini kerana mereka sudah terpengaruh dengan stress yang dialami sehingga tidak mampu lagi untuk membuat kerja dengan sebaik-baiknya. Dikatakan juga, orang yang memiliki sindrom ini akan menjadi lebih sensitif. Mereka akan mudah kehilangan fokus dan sering merasa marah apabila ditanyakan soal kerja.

Hilang Minat Nak Buat Kerja Sendiri, Rupanya Petanda Anda Ada Burnout Syndrome
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Hello Sehat


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!