Tidak dinafikan, antara dugaan saat menjalinkan hubungan cinta adalah apabila tidak dapat restu daripada ahli keluarga. Biarpun terpaksa akur, namun sebenarnya keputusan itu mampu memberikan kesan dalam diri seseorang. Malah ia juga seolah-olah mampu cetuskan trauma serta mendorong untuk terus menyendiri hingga akhir hayat.
BACA:Â Bakal Mentua Tak Restu Hanya Kerja Jual Sayur, Wanita Dedah Gaji RM6K Sebulan
Kisah abang saya…siapa yang senasib macam dia saya harap bertabah
Sama juga seperti kisah menyentuh hati yang dikongsikan oleh seorang wanita mengenai dugaan yang dilalui oleh abangnya. Menerusi perkongsian mas.ita di laman TikTok, lelaki itu sebelum ini difahamkan pernah menjalinkan hubungan dengan seorang gadis. Namun apakan daya, hasrat berkenaan tidak kesampaian selepas tidak direstui oleh Allahyarhamah ibu.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Dia ikut cakap Allahyarhamah dan jaga mak sampai dia ‘pergi’
Bagaimanapun, abangnya terpaksa akur dengan keputusan tersebut dan cekal menjaga ibunya hingga nafas terakhir wanita berkenaan. Sejak peristiwa cintanya terhalang, lelaki itu seakan-akan berasa trauma untuk mencari pasangan dan hidup menyendiri selama bertahun-tahun. Biarpun pernah sekali mengajak untuk tinggal bersama, namun dia menolaknya dan kini tinggal berasingan dengan adik-beradik yang lain.
@mas.ita Balas kepada @ash_ck5 al kisah abang sy ,siapa yg senasib mcm abg sy harap bertabah#fyp #tiktokguru #tiktoktips #bujang
Sedihnya, please jaga abang awak…dia menumpang kasih dengan adik-beradik dan anak-anak buah je
Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut ikut sebak mengenangkan kisah percintaan abangnya yang tidak direstui. Malah, mereka juga berharap agar adik-beradik yang lain mampu menjaganya dengan baik biarpun tidak tinggal sebumbung.
Kredit: TikTok mas.ita
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura