Viral

Van Bawa Pulang Jasad COVID-19 Untuk Kebumi,Orang Kampung Bantah Tak Bagi Masuk

Van Bawa Pulang Jasad COVID-19 Untuk Kebumi,Orang Kampung Bantah Tak Bagi Masuk

Sharing is caring!

Kehilangan seakan memberikan peringatan yang mungkin selepas ini adalah giliran kita. Berbeza dengan jasad orang lain, individu dijangkiti COVID-19 perlu dikendalikan oleh pakar-pakar yang arif dalam bidang tersebut. Pengebumian itu harus diuruskan mengikut SOP tertentu bagi mengelakkan ia merebak kepada lebih ramai orang.

BACA: Keluarga Nekad Koyak Pembalut Jasad COVID-19, Satu Kampung Berisiko Dijangkiti

Di minta undur balik

Namun begitu, baru-baru ini sebuah kampung di Indonesia telah mencetuskan kekecohan apabila penduduk kampung menghalang jasad penghidap positif COVID-19 daripada dikebumikan. Jasad yang dibawa menaiki sebuah van putih diminta untuk berundur semula setelah jalan utama  untuk masuk ke kampung tersebut ditutup.


Van Bawa Pulang Jasad COVID-19 Untuk Kebumi,Orang Kampung Bantah Tak Bagi Masuk

Penduduk kampung bimbang dijangkiti

Lebih mengejutkan, ramai orang kampung menyokong perbuatan sebilangan lelaki  yang bimbang kampung mereka dijangkiti COVID-19. Video yang berdurasi 1.01 minit telah menujukkan jalan utama untuk masuk telah ditutup dengan beberapa batang kayu. Dengan teriakan orang ramai, van tersebut telah akur apabila gagal memasuki kawasan kampung.

Moga diberikah hidayah

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan mendoakan moga Allah memberikan hidayah kepada penduduk kampung tersebut atas perbuatan mereka. Selain itu, mereka meminta supaya pihak berwajib boleh campur tangan bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang kembali di masa hadapan. Tidak ketinggalan, netizen berpesan agar kita semua tidak memandang hina dan bersifat menghukum dalam situasi seperti ini.


Van Bawa Pulang Jasad COVID-19 Untuk Kebumi,Orang Kampung Bantah Tak Bagi Masuk

Van Bawa Pulang Jasad COVID-19 Untuk Kebumi,Orang Kampung Bantah Tak Bagi Masuk

Sumber: Facebook HereQ


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Van Bawa Pulang Jasad COVID-19 Untuk Kebumi,Orang Kampung Bantah Tak Bagi Masuk

Sharing is caring!