Hubungan Tak Direstui Keluarga, Suspek Tergamak Larikan & Kelar Pelajar UiTM!

Tidak dinafikan, antara perkara yang paling ditakuti saat menjalinkan hubungan atau bercinta dengan seseorang adalah jika tidak mendapat restu daripada ahli keluarga masing-masing. Bagaimanapun, perkara itu sebenarnya boleh memberikan tekanan kepada mereka yang terlibat. Hal ini juga seterusnya boleh mendorong untuk seseorang melakukan perkara yang tidak terjangka seperti kejadian melibatkan seorang penuntut UiTM Permatang Pauh yang pernah berlaku sekitar Februari 2015 lalu.

BACA: Selalu Bagi Pandangan ‘Lain Macam’, Isteri Maut Di Tangan Kawan Suami Sendiri!

Ini adalah detik-detik terakhir sebelum penuntut UiTM dikelar suspek..

Menerusi tweet yang pernah dicoretkan oleh seorang pensyarah undang-undang yang dikenali sebagai Kamarul ini, beliau menyingkap semula kejadian tersebut untuk dijadikan sebagai pengajaran kepada semua orang di luar sana agar lebih berhati-hati.

Hubungan mereka tidak disukai oleh ibu bapa gadis ini..

Kredit Foto: Utusan

Sejurus dimaklumkan bahawa gadis bernama Nur Syuhada Johari ini telah dibawa lari, keluarga suspek pernah mencuba untuk menghubungi anak mereka tetapi perkara itu gagal. Akan tetapi sebaliknya keluarga gadis berusia 20 tahun ketika itu pula yang dikejutkan dengan makluman bahawa dia sedang cedera akibat ditikam.

Ketika disoal mengenainya, suspek menyatakan bahawa gadis tersebut telah menamatkan hayatnya sendiri. Tapi adakah dakwaan tersebut sama dengan keterangan yang diberikan oleh para saksi yang terdapat di sana?

Suspek datang semula ke tempat kejadian & berkata ‘”tak mampus lagikah perempuan ini”

Kredit Foto: Berita Harian

Berdasarkan keterangan semua saksi & bukti…panel hakim Mahkamah Rayuan memutuskan suspek bersalah

Selepas tempoh 3 bulan insiden ini dibicarakan, tertuduh yang bernama Syarafi Abu, 27, telah dijatuhkan dengan hukuman gantung di Mahkamah Tinggi Taiping, Perak. Menurut laporan berita, Hakim ketika itu mensabitkan kesalahan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas tukang masak tersebut. Dalam pada itu, Kamarul turut berkongsi bahawa alat yang digunakan dalam kejadian tersebut dijumpai oleh pihak berkuasa, namun mereka tidak berjaya menemui sebarang DNA suspek akibat telah lama terbiar.

Sumber: Twitter kamarul14, YouTube Harian Metro, Utusan & Berita Harian

Apa Komen Anda?