“I Macam Izzah Ombak Rindu Tak?”- Takut Isteri Meragam, Respon Aaron Win Habis!

Lepas masuk alam pekahwinan, ramai yang kata kehidupan seseorang lelaki itu akan jadi bahagia sebab kehadiran seorang wanita yang digelar isteri. Tetapi, akui sajalah bahawa realitinya terdapat bermacam perangai pelik si isteri ini yang kadang-kadang sampai boleh pening kepala. Selagi mana ianya tidak keterlaluan, para suami layankan sajalah kerana isteri ini juga merupakan hadiah yang tak ternilai dan teristimewa dalam hidup mereka.

BACA: Isteri Bagi Hadiah Poligami, Shuib Ada Hati Nak Tumpang Nasib

MashaAllah! Semalam Abang dalam situasi cemas

Begitulah ragam yang dibuat oleh Diyana Halik kepada suaminya iaitu pelakon terkenal Aaron Aziz baru-baru ini. Menerusi sebuah video berdurasi 1 minit 34 saat yang dimuatnaik di laman Instagram milik aktor utama filem KL Gangster itu, Diyana dilihat sengaja menyakatnya dengan memberikan beberapa soalan ‘cepumas’ mengenai dirinya, termasuklah adakah dirinya sama seperti watak Izzah dalam filem Ombak Rindu yang pernah hangat suatu ketika dahulu.

So you tak rasa I macam Izzah Ombak Rindu?”

Berdiam diri cara paling selamat, #abgdiamje

Dalam paparan tersebut, Diyana sempat mengusik selebriti kelahiran Singapura ini dengan memasang lagu tema atau OST filem tersebut sambil mengusap pipinya beberapa kali. Selain itu, Aaron turut mengakui bahawa dia memilih untuk mendiamkan diri daripada tersalah jawab semua soalan yang diberikan oleh isterinya ketika itu. Ternyata gelagat comel yang ditampilkan oleh suami isteri ini telah menghiburkan ramai para pengikutnya di media sosial tersebut.

Sumber: IG aarondwiaziz

Apa Komen Anda?