“I Miss You Sayang..” – Sebak! Bercinta 9 Tahun, Tapi Kahwin Cuma 3 Bulan Saja

Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya. Walaupun ada kalanya takdir yang sudah disusun itu sangat memeritkan untuk diterima, namun ada hikmah di sebalik ujian yang diberikan ke atas kita semua. Menerusi sebuah perkongsian oleh seorang pemilik akaun Twitter yang bernama Syahrain ini, dia meluahkan rasa rindu dan sebak apabila mengenangkan isterinya yang pulang ke rahmatullah sewaktu usia perkahwinan mereka genap masuk 3 bulan.

BACA: “Dah La Kerja Kilang, Boleh Ke Hidup?” – Tak Melatah, Malah Rezeki Makin Luas

Kami kenal 2010 masa Tingkatan 5…Mac lalu kami sah jadi suami isteri

Menurut Syahrain, punca isterinya, iaitu Dr Nurul Nazleatul Nadira menghembuskan nafas terakhir adalah akibat menghidap tumor otak. Pemergian doktor pelatih di HospitaI Temerloh ini sangat memberikan kesan kepada ramai rakannya kerana dia merupakan seorang yang sangat baik dan kerap menyertai aktiviti kesukarelawanan.

View this post on Instagram

Alhamdulillah. Thank you Allah 🤲

A post shared by Syahrain Azri (@syahrain_azri) on

Bercinta 9 tahun, kahwin 3 bulan…dia tinggalkan aku sebab Allah lebih sayang dia

Jikalau berpisah kasih pun pasti merindu, inikan pula terpisah nyawa. Meskipun mengakui agak susah menerima kenyataan itu pada awalnya, namun Syahrain bersyukur kerana tarikh perkahwinan mereka diawalkan daripada cadangan asal yang sepatutnya berlangsung pada bulan Jun. Baginya, aturan Allah itu sangat cantik kerana mereka berdua tetap dapat merasai nikmat kehidupan suami isteri dan raya bersama-sama pada Aidilfitri lalu.

View this post on Instagram

Syg, sungguh berat ujian ini, kdg saya terfikir bagaimana utk meneruskan kehidupan tanpa awak, Allah ambil awak semasa kita sedang masih rancak bercinta, hanya 3 bulan kita sempat melalui kehidupan sbg suami isteri, itu yg kita impikan semasa awal perkenalan tahun 2010 dahulu, tiba hari pernikahan 23 Mac lalu, Allah je tahu betapa bersyukurnya dan gembiranya kita selepas cita-cita dan impian kita tercapai, pertama kali saya imamkan awak, awak menitiskan airmata, semua perkara kita rancang dgn teliti. Tetapi Allah itu sebaik baik perancang, awak tinggalkan saya ketika kita masih belajar utk menjadi suami isteri yg baik, ketika kita masih duduk berjauhan. Alhamdulillah sempat menjadi suami walaupun tidak sempurna. Harini genap 2 minggu pemergian awak. Semoga awak tenang dan ditempatkan di tempat org yg solehah kerana itu yg selayaknya utk awak. Terima kasih juga tinggalkan kenangan manis dan keluarga yang baik kepada saya. #alfatihah

A post shared by Syahrain Azri (@syahrain_azri) on

Sumber: Twitter SyahrainAzri & IG syahrain_azri

Apa Komen Anda?