Semalam telah berlangsungnya majlis resepsi antara aktres terkenal Mira Filzah dengan Wan Emir Astar di Le Meridien, Putrajaya. Demi mematuhi SOP yang ditetapkan, acara bertemakan Midnight Sky ini hanya dihadiri oleh 250 orang jemputan sahaja.
BACA: Siap Bagi 1 Bakul Surat Cinta, Mira Filzah Akui Wan Emir Miliki Sifat Romantik
Kek kahwin boleh berputar…siap ada kristal swarovski & bunga segar
Selain busana pengantin yang elegan, kemunculan kek perkahwinan mereka turut mencuri tumpuan. Menurut penghasil kek itu, ia dihiasi dengan kristal swarovski dan juga bunga yang segar bagi kelihatan lebih eksklusif. Uniknya, kek berkenaan juga boleh berputar sekaligus menjadikan acara tersebut nampak lebih indah.
Sometimes you will fall in love with the most unexpected person at the most unexpected time
"true love story
never have endings"
-Richard bach-Kek dia berpusing pusing gaisss#emiramirah @WanEmirAstar @MFMiraFilzah pic.twitter.com/LEBMGe6BfP
— فارح فواز (@FarhFwz) September 4, 2020
Kek ‘Chandelier‘ sama macam wedding Zahirah Macwilson & Aiman Hakim
Lily Osman sangat berterima kasih kerana Mira Filzah meminati hasil kerjanya susulan kek ‘Chandelier’ yang telah dibuat khas ketika majlis perkahwinan Zahirah Macwilson dengan Aiman Hakim Redza. Dia turut diberikan kepercayaan untuk menghasilkan kek tersebut pada hari bahagia aktres terkenal itu.
Cantik betul kek tu…sama macam dalam cerita orang putih yang selalu ditonton
Selain mengagumi keunikannya, rata-rata netizen turut memuji hasil kerja Lily Osman yang penuh seni dalam menghasilkan kek perkahwinan tersebut. Selain itu, mereka mengatakan kek tersebut sama seperti dalam cerita orang putih yang sering ditonton.
Sumber: Twitter FarhFwz, Instagram lilylolacakes
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura