Family Artis Viral

Ibarat Kaza & Normah Damanhuri, Azhar Sulaiman Akui Tak Mudah Didik Anak Dewasa

Ibarat Kaza & Normah Damanhuri, Azhar Sulaiman Akui Tak Mudah Didik Anak Dewasa

Anak Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sering menjadi perbualan hangat ekoran video yang dimuat naik menerusi TikToknya. Selain mengikuti trend benda-benda viral, penampilan luarannya yang agak daring turut kerap kali ditegur netizen. Pastinya selaku seorang bapa, artis lelaki berkenaan sedar terhadap kecaman yang diberikan kepada gadis berusia 20 tahun ini.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Kita harap anak-anak fikir lebih jauh mengenai impak keseluruhan

Melalui perkongsian bersama mStar, Azhar Sulaiman menyamakan keadaannya dengan Kaza serta Normah Damanhuri di mana mereka juga mempunyai anak-anak yang mencetuskan kontroversi hangat. Namun jauh di sudut hati, dia juga berharap agar Leona sendiri berfikir panjang mengenai kesan buruk yang akan tercetus akibat perbuatannya termasuklah tempias kepada air muka keluarga.

Ibarat Kaza & Normah Damanhuri, Azhar Sulaiman Akui Tak Mudah Didik Anak Dewasa

Ibarat Kaza & Normah Damanhuri, Azhar Sulaiman Akui Tak Mudah Didik Anak Dewasa

Kita tak boleh rotan atau menjerit kepada anak-anak sekarang

Bukan lagi budak-budak kecil yang boleh dididik tegas menggunakan rotan seperti dahulu kala, hanya teguran sahaja mampu diberikan dalam fasa dewasa ini. Arkitek berkenaan juga akui sentiasa mendoakan perubahan positif anak-anaknya agar mereka sentiasa menjadi manusia lebih baik kelak.

Ibarat Kaza & Normah Damanhuri, Azhar Sulaiman Akui Tak Mudah Didik Anak Dewasa

Ibarat Kaza & Normah Damanhuri, Azhar Sulaiman Akui Tak Mudah Didik Anak Dewasa

Leona bakal jadi peguam, apa yang dia buat sekarang sebab ikut trend orang main TikTok

Walaupun kini Leona amat dikenali menerusi pelbagai media sosial dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai, Azhar Sulaiman menafikan gadis itu akan melibatkan diri dalam industri hiburan. Tambahan pula, anaknya itu mempunyai impian bergelar peguam selain akan menyambung pelajaran dalam bidang perundangan.

Ibarat Kaza & Normah Damanhuri, Azhar Sulaiman Akui Tak Mudah Didik Anak Dewasa

Ibarat Kaza & Normah Damanhuri, Azhar Sulaiman Akui Tak Mudah Didik Anak Dewasa

Kredit : Portal mStar

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ibarat Kaza & Normah Damanhuri, Azhar Sulaiman Akui Tak Mudah Didik Anak Dewasa

Facebook

Telegram