Ibu Ayah Bagi Lampu Hijau, Baca Sebab Pengantin Ini Nikah Seawal Usia 20 Tahun!

Rasanya semua sudah sedia maklum bahawa niat ‘mendirikan masjld’ bukanlah suatu perkara yang mudah sebenarnya kerana terdapat banyak perkara yang perlu disiapkan, seperti faktor kewangan dan tanggungjawab bergelar suami isteri. Namun begitu, ianya juga bukanlah sesuatu yang tidak boleh dikecapi pada usia yang muda, seperti yang dilalui oleh pengantin baru ini apabila berkahwin pada awal usia 20-an.

BACA: “Saya Mimpi Bersama Dia Di Kaabah” – Dayana Dedah Detik Terbuka Hati Kahwin Muda

Ketika dihubungi oleh pihak Erin Sakura, Muhammad Syafiq Bin Azbi, 21, menjelaskan bahawa dia hanya mengenali Zattul Elyani Binti Adnan, 20, menerusi media sosial sahaja sejak tahun 2015. Namun, mereka hanya rapat dan saling berbalas mesej pada bulan 7 yang lalu selepas gadis itu menegur di Instagram miliknya. Malah screenshot restu yang diberikan oleh kedua ibu bapanya juga pernah viral di laman Twitter sebelum ini.

Awalnya kami cuma follow masing-masing saja. Tapi lepas kami mula kerap berhubung, saya semakin lama jatuh hati pada isteri. 2 minggu selepas itu, ibu saya tahu mengenai perkara ini dan mereka beri ‘lampu hijau’ lepas saya ceritakan tentang dia. Tak sampai sebulan lepas tu, belah isteri pula tahu & putuskan agar kami bernikah awal. Kalau boleh mereka mahu elakkan maksiat dan benda buruk daripada berlaku memandangkan isteri saya masih dalam menghafal al-Quran dalam kursus Tahfiz Wal Qiraat.

Akhirnya mereka berdua diijabkabulkan dalam majlis yang sederhana pada 12 Ogos lalu di kediaman pihak wanita di Kelantan. Bercerita lanjut mengenai persediaan menjelang hari bahagia itu, Syafiq memberitahu bahawa mereka hanya sempat melakukan persediaan selama 4 minggu sahaja. Namun berkat daripada Yang Maha Esa, segala urusan mereka itu dipermudahkan.

Memandangkan kami belum pernah jumpa sebelum ini, maka saya selalu buat solat hajat & istikharah demi memohon petunjuk Allah agar meyakinkan lagi hati untuk jadikan dia sebagai suri hati. Malah ciri-ciri isteri yang saya impikan semua ada pada dia. Solehah, baik hati, cantik, pandai ambil hati orang tua dan banyak lagi. Majlis kami pun simple, mas kahwin senaskhah al-Quran, manakala soal sewa baju pengantin & pelamin pula ala kadar saja sebab nak elakkan pembaziran.

Mengulas tentang cabaran bergelar pengantin muda pula, graduan USAS ini menyatakan bahawa mereka berdua kini perlu mengutamakan aspek komitmen dan pembahagian masa. Akan tetapi, dia juga tidak menolak bahawa alam perkahwinan membolehkan mereka berkongsi setiap masalah dan menyelesaikannya bersama-sama. 

Saya kena belajar lagi untuk uruskan masa demi isteri, pelajaran dan kawan-kawan. Namun begitu, kemanisan berkahwin muda adalah kami dapat terhindar daripada zina hati & mata sebab ilmu agama takkan masuk ke dalam hati yang bermaksiat. Selain itu, kami juga dapat mengulang hafalan al-Quran serta mengatasi masalah bersama-sama.

Dalam pada itu, Syafiq berpesan kepada semua orang di luar sana agar memantapkan persediaan ilmu rumah tangga terlebih dahulu tak kira anda mahu berkahwin pada usia yang muda atau tidak. Dia turut menekankan aspek restu daripada kedua-dua belah pihak juga memandangkan mereka lah yang pernah membesarkan anak sejak dari kecil lagi.

Kalau tengok orang berkahwin muda memang semuanya nampak seperti mudah saja kan? Tapi jika ilmu masih belum cukup atau perangai salah sorang belum matang, adalah sangat berisiko untuk berkahwin awal.  Sebab takut nanti kedua-duanya akan melakukan sebarang keputusan tanpa berfikir panjang, kemudian berlakunya perkara yang tidak baik. Selain itu, niat untuk mendirikan rumah tangga dengan cara yang sah memanglah suatu perkara yang amat disukai dalam Islam. Tetapi jangan sampai anda menolak ibu bapa dari hidup hanya semata-mata tidak mendapat restu mereka. Perkara itu adalah satu dosa kerana anda telah merobek hati mereka yang menjaga sejak kecil lagi.

Sumber: Twitter syafiqazbi

Apa Komen Anda?