Cinta Hiburan Viral

Ibu Ayah Sanding Lepas 2 Tahun Bernikah, Baby PKP Umur 8 Bulan Jadi ‘Tetamu’

Ibu Ayah Sanding Lepas 2 Tahun Bernikah, Baby PKP Umur 8 Bulan Jadi ‘Tetamu’

Selepas kelonggaran mengadakan majlis keramaian diberikan, ramai ‘pasangan PKP’ tempoh hari mengambil peluang ini untuk membuat kenduri kahwin. Bukan sahaja ada pengantin bersanding sewaktu sedang berbadan dua, mereka yang sudah melahirkan anak juga masih bersemangat merealisasikan majlis sesuai dengan impian masing-masing.

BACA: Teringin Nak Kahwin Dalam Tempoh PKP? Kena Tahu SOP Yang Wajib Ini Dulu

Bila nikah time PKP 1.0…Dah nak 2 tahun baru sanding

Sebuah video dimuat naik oleh @Syafirah97 tular di TikTok menunjukkan situasi sekitar hari persandingannya. Gara-gara pernikahan mereka dilangsungkan dalam waktu PKP, majlis persandingan pasangan tersebut yang sebelum ini tertangguh akhirnya dapat diadakan 2 tahun selepas itu.

Ibu Ayah Sanding Lepas 2 Tahun Bernikah, Baby PKP Umur 8 Bulan Jadi ‘Tetamu’

Package siap dah ada anak ya atas pelamin…Umur anak dah nak 8 bulan

Dikurniakan cahaya mata selepas setahun lebih berkahwin, anaknya kini sudah pun berusia 8 bulan. Apa yang lucunya adalah pada hari persandingan itu juga, wanita berkenaan perlu mencuri-curi masa melayan si kecil tersebut. Seperti dalam rakaman, pengantin perempuan kelihatan sibuk memakaikan baju pada anaknya.


@syafirahsofiah

Kawen dah 2 tahun umur anak dah nak 8 bulan , mak bapak baru sanding 😂 #fyp

♬ Oh No – Kreepa

Anak pun ikut sanding…Both of you dah selamat dari menjawab kenapa adik tak ada masa mama papa kahwin

Sejak dikongsikan 3 hari lalu, video ini telah meraih hampir 50 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat situasi tersebut. Mengenangkan anak-anak sering bertanya keberadaan mereka dalam majlis perkahwinan ibu bapanya, netizen sempat berseloroh pasangan ini tidak perlu berhadapan dengan soalan itu.

Ibu Ayah Sanding Lepas 2 Tahun Bernikah, Baby PKP Umur 8 Bulan Jadi ‘Tetamu’

Ibu Ayah Sanding Lepas 2 Tahun Bernikah, Baby PKP Umur 8 Bulan Jadi ‘Tetamu’

Ibu Ayah Sanding Lepas 2 Tahun Bernikah, Baby PKP Umur 8 Bulan Jadi ‘Tetamu’


Ibu Ayah Sanding Lepas 2 Tahun Bernikah, Baby PKP Umur 8 Bulan Jadi ‘Tetamu’

Ibu Ayah Sanding Lepas 2 Tahun Bernikah, Baby PKP Umur 8 Bulan Jadi ‘Tetamu’

Ibu Ayah Sanding Lepas 2 Tahun Bernikah, Baby PKP Umur 8 Bulan Jadi ‘Tetamu’

Ibu Ayah Sanding Lepas 2 Tahun Bernikah, Baby PKP Umur 8 Bulan Jadi ‘Tetamu’


Kredit: TikTok syafirahsofiah

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ibu Ayah Sanding Lepas 2 Tahun Bernikah, Baby PKP Umur 8 Bulan Jadi ‘Tetamu’

Facebook

Telegram