Viral Isu Semasa Keibubapaan

Ibu Bapa Dikenakan RM30 Jika Anak Buat Bising Dalam Restoran? Netizen Berdebat

Ibu Bapa Dikenakan RM30 Jika Anak Buat Bising Dalam Restoran? Netizen Berdebat

Sedang tenang-tenang makan di restoran, pastinya kita akan merasa sangat rimas jika tiba-tiba ada budak yang membuat bising secara melampau. Kenakalan kanak-kanak sememangnya lumrah biasa apalagi mereka ini masih kecil, namun siapa yang tidak ‘panas’ lagi-lagi kalau ibu bapa sendiri tiada inisiatif untuk menegur?

BACA : Bayi Mata Kelabu Bukan Anak Angkat, Ibu Dedahkan Rupanya Ada Keturunan British

Restoran caj RM30 jika anak-anak buat bising & ganggu pelanggan lain

Baru-baru ini pula, netizen tertarik dengan isu sebuah kedai makan yang menetapkan peraturan di mana pelanggan bakal dikenakan caj tambahan RM30 sekiranya anak-anak didapati membuat bising. Bukanlah tidak membenarkan langsung budak-budak masuk ke restoran itu, sebaliknya ia dilakukan setelah mempertimbang aspek keselesaan customer lain juga.

Ibu Bapa Dikenakan RM30 Jika Anak Buat Bising Dalam Restoran? Netizen Berdebat
Gambar sekadar hiasan

Sekadar anak tu cakap suara kuat takpe…Tapi kalau asyik jerit & lari sana sini, bagi saya itu masalah

Sementara itu, Caddy yang merupakan seorang Food TikTokers tampil menyatakan rasa setuju dengan peraturan sebegitu. Dalam sebuah video yang dikongsikan, dia menekankan tentang bagaimana pelanggan lain juga mempunyai hak untuk mendapat suasana kondusif ketika sedang menjamu selera. Tidak kira kanak-kanak normal ataupun yang autisme, agak tidak patut sekiranya ibu bapa membiarkan sahaja tanpa cuba mengawal keadaan langsung.

Ibu Bapa Dikenakan RM30 Jika Anak Buat Bising Dalam Restoran? Netizen Berdebat

Ibu Bapa Dikenakan RM30 Jika Anak Buat Bising Dalam Restoran? Netizen Berdebat

Sebagai ibu kepada anak autisme, saya rasa macam terguris kalau kena caj macam ni

Melalui ruangan komen, ramai netizen mula berdebat menyuarakan pandangan masing-masing. Ada yang tidak setuju terutamanya bagi penjaga anak-anak istimewa kerana tantrum mereka ini sukar dikawal. Ada juga yang mencadangkan agar pemilik restoran menyediakan 2 pilihan tempat iaitu untuk kawasan bising vs tenang.

Ibu Bapa Dikenakan RM30 Jika Anak Buat Bising Dalam Restoran? Netizen Berdebat

Ibu Bapa Dikenakan RM30 Jika Anak Buat Bising Dalam Restoran? Netizen Berdebat

Ibu Bapa Dikenakan RM30 Jika Anak Buat Bising Dalam Restoran? Netizen Berdebat

Kredit : IG Saysdotcom & Twitter CeddyOrNot

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ibu Bapa Dikenakan RM30 Jika Anak Buat Bising Dalam Restoran? Netizen Berdebat

Facebook

Telegram