Kebanyakan anak kecil pasti pernah mengalami terkencing sewaktu tidur tanpa sengaja. Gara-gara tak tahan dengan bau hancing atau penat kemas banyak kali, ibu bapa pasti akan merungut dan sentiasa marah. Namun begitu usah risau, Public Health Malaysia memaklumkan bahawa masalah kencing malam bagi kanak-kanak adalah perkara biasa dan terdapat cara untuk mengatasinya.
BACA: Jangan Obses Sangat Simpan Pinggan Ayan, Tersalah Beli Boleh Jadi Punca Kanser
Terkucil waktu malam perkara biasa, boleh berlaku hingga anak berusia 12 tahun
Buat pengetahuan semua, pundi kencing kanak-kanak sebenarnya masih belum mampu bersedia untuk simpan jumlah air yang banyak sepanjang malam. Namun menurut kajian, masalah tersebut akan selesai apabila si kecil mencecah usia 5-6 tahun atau sekurang-kurangnya apabila berumur 12 tahun.

Stress dan jangkitan kuman adalah antara puncanya
Dalam pada itu, terdapat juga beberapa punca yang boleh mengakibatkan masalah ini untuk berlanjutan. Antaranya adalah stress, jangkitan kuman dan struktur pundi kencing tidak normal. Namun, hampir 99% kanak-kanak tidak mempunyai sebarang punca berkenaan.

Boleh cuba kurangkan minum air sebelum tidur
Walau bagaimanapun, ibu bapa lebih disarankan rujuk pihak doktor jika tak pasti. Masalah berkenaan dapat dielakkan dengan pelbagai cara termasuklah kurangkan minum air sebelum tidur. Public Health Malaysia turut mengingatkan kepada ibu bapa supaya bersabar dan tidak terlalu memarahi anak-anak kerana bimbang masalah ini boleh jadi bertambah buruk.
Sumber: FB Public Health Malaysia
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura