Ibu Bapa Jangan Selalu Amalkan Tidur Sekali Dengan Anak, Boleh Bawa Maut!

Sudah menjadi lumrah bagi semua insan yang baru sahaja bergelar ibu bapa untuk memanjakan atau sentiasa berada dekat dengan anak -anak. Mana taknya, bukan senang unuk memperoleh zuriat walaupun seorang. Bila dah lahir pula mestilah nak berkepit sahaja 24 jam sebab comel sangat kan? Tapi hakikatnya ibu bapa atau penjaga sebenarnya tidak boleh tidur sekali dengan anak-anak kerana dikhuatiri hanya mendatangkan risiko kepada si kecil.

BACA: Jangan Berkira Untuk Pakai Car Seat, Nyawa Bayi Lebih Terancam Tanpanya

Gambar sekadar hiasan

Masalah fizikal & persekitaran tempat tidur boleh dedahkan bayi pada SIDS

Advertisement

Menerusi satu posting yang pernah dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad di laman Facebook miliknya sebelum ini. Beliau mendedahkan bahawa amalan tersebut hanya mampu meningkatkan risiko kehilangan nyawa anak-anak di tempat tidur mereka, khususnya bagi yang berusia kurang setahun.

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

Per0k0k juga tak digalakkan tidur dengan bayi..

Selain risau terhimpit bayi, mereka juga boleh maut sekiranya tertangkup dengan payudara para ibu yang memilih untuk lelap bersama sewaktu disusukan. Mereka yang bergelar per0k0k juga tidak digalakkan untuk berkongsi tempat tidur kerana hanya mendedahkan bayi kepada bau t0ksik yang masih melekat pada pakaian atau mulut. Dalam pada itu, Dr Zubaidi turut mencadangkan bahawa amalan yang terbaik bagi ibu bapa atau para pengasuh adalah untuk tidur dekat dengan anak-anak namun berasingan tempat tidur.

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Dr Zubaidi Hj Ahmad

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?