Walaupun jarang memuat naik tentang adik beradik atau ibu bapanya persis artis lain, namun kali ini gelagat ibu kepada TokTi telah menarik perhatian netizen. Siti Salmah Bachik yang kini berusia 70-an masih terlihat sihat dan boleh melakukan kerja-kerja biasa.
BACA :Â Miliki Suara Lunak Sebijik TokTi Zaman Muda, Gadis Lesung Pipit Jadi Fenomena
Mak live tu mak…Mak Salmah tak perasan telefon TokTi sedang bersiaran live
Melalui rakaman yang sempat tular di TikTok peminat beliau sejak semalam, difahamkan ketika itu Datuk Sri Siti Nurhaliza sedang membuat live berlokasi di dapur rumah. Tidak perasan terdapat skrin telefon yang sedang bersiaran langsung, Puan Siti Salmah dilihat tenang menggaul makanan di dalam mangkuk kecil.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Mak Salmah terkejut terus ‘lesap’ ke tepi
Apabila mendengar anaknya beritahu tentang live yang sedang berlangsung, wanita tersebut cepat-cepat ‘menghilangkan’ diri ke tepi dengan rasa terkejut. Penyanyi lagu ‘Cindai’ itu pula kedengaran ketawa gara-gara merasa lucu dengan gelagat ibunya tadi.
@kick_kapoor8989 Hahhaha. Comel je terkejut .. 😂😂😂 #fyp #fypシ #masukberanda @Siti Nurhaliza
Bercakap macam menyanyi, ketawa pun ada pitching…Mana nak cari?…Itulah TokTi
Meskipun cuma berdurasi 8 saat, ramai netizen terhibur dengan aksi spontan Puan Salmah hingga rakaman itu sudah meraih lebih 1.6 juta tontonan. Di satu sudut lain, ada juga yang memuji suara gelak TokTi kerana sangat merdu seolah-olah sedang menyanyi pula.
Kredit : TikTok kick kapoor
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura