Hampir sebulan konflik Norma Risma dan ibunya berlaku, namun ia masih belum menemui titik akhir. Kisah keluarga dari Indonesia yang bagaikan sinetron TV ini tersebar meluas sehingga ke Malaysia. Semuanya bermula setelah si ibu mentua, Rihanah Anah telah ditangkap basah membuat kerja terkutuk dengan menantu lelakinya, Rozy Ray Hakiki.
BACA :Â Bukan Berprojek Ibu Mentua Tegaskan Buka Baju Di Bilik Menantu Sebab Rimas
Buka baju kerana rimas
Berdasarkan klarikasi sebelum ini, pihak Rihanah dan Rozy tegas menyatakan mereka telah dianiaya. Insiden tangkap basah dianggap satu perangkap, malahan si ibu mentua berkata dia hanya membuka baju dalam bilik menantunya kerana merasa rimas lantaran cuaca panas.
Anak & suami arahkan Rihanah untuk goda menantu
Pengakuan terbaru lebih mengejutkan ramai. Menafikan ada hubungan dengan menantu sendiri, Rihanah mendedahkan anaknya dan suaminya sendiri menyuruhnya untuk menggoda Rozy.
Suami & anak arahkan dekati menantu untuk bolot harta
Dari awal, Rihanah diarahkan untuk perlahan-lahan mendekati menantunya secara halus termasuklah melakukan hubungan badan. Dengan kaedah berkenaan, motifnya hanya 1 iaitu bagi tujuan membolot harta Rozy.
Rozy dan Rihanah semakin galak bersuara bagi pihak mereka. Akan tetapi, Norma kini terus berdiam sepertinya enggan lagi memanjangkan sengketa keluarga.
Berani kerana benar…Rihanah rela dihukum jika cakap bohong
Tambahnya dalam laporan yang dibuat, anak beranak terbabit mengancam akan sebarkan bukti WhatsApp dengan Rozy sekiranya Rihanah menolak rancangan mereka. Justeru kerana didesak dan merasa terperangkap, Rihanah akur dengan plan tersebut. Sekiranya didapati berbohong, wanita pertengahan usia ini rela dibawa ke muka pengadilan.
Kredit : Portal Bandung Viva
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
