“Ibu Perlu Sokongan Yang Kuat”-Kapsyen Isteri Alif Satar Buat Netizen Tersentuh

Nama Alif Satar tidak begitu asing lagi dalam dunia seni. Selain rancak dengan tugasnya sebagai penghibur, peminat juga memuji pelantun lagu Cukup Indah ini kerana namanya jarang terpalit dek sebarang kontroversi. Terbaharu, nama Alif Satar melonjak di twitter gara-gara ‘posting’ isterinya tentang kebaikan dirinya sebagai suami dan ayah di rumah membuatkan pengikut dunia seni rata-ratanya terharu.

Baca: Sabar Jela Ye. Terkena Tempias Lagi, Alif Satar Tepuk Dahi


“Pagi ini, saya mengalami sak1t kehamilan yang kuat”

Isteri Alif, Shadila telah memuat naik satu gambar bersama Alif beserta kapsyen yang menceritakan pengalamannya sebagai ibu sewaktu kehamilan. Shadila turut menyelitkan rasa terima kasih dan terharu mempunyai suami seperti Alif yang sangat bertanggungjawab menguruskan anak-anak dan tidak pula menganggap dirinya yang sedang hamil itu sebagai beban. 

Isterinya memberitahu Alif yang baru sahaja pulang dari Sabah kira-kira jam dua pagi itu terus membantu dia menguruskan anak-anak sejurus melihat keadaannya yang tidak mengizinkan. Shadila menulis lagi, pentingnya sokongan yang kuat dalam institusi kekeluarga seperti apa yang dilakukan oleh suaminya itu. 

“Alif membasuh Ariana, memberi makan anak-anak, mengurut tangan saya…”

Menurut Shadila di bahagian kapsyen lagi, penyanyi itu banyak membantu dia menguruskan anak-anak misalnya apabila Ariana menangis sak1t perut, dia lekas bangun dan membasuh, memberi mereka makan, mengurut tangan isterinya serta memastikan Shadila mendapat rehat yang secukupnya.

Shadila turut menegaskan sikap sebegini perlu diterapkan oleh setiap ibu bapa. Walau bagaimana sukar sekalipun, ucapan “I LOVE YOU” daripada suami dan anak-anaknya itu membuatkan segalanya bertukar indah. Kapsyen yang penuh romantis itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya memuji sikap Alif selaku suami dan bapa malah ada juga di antara mereka yang berseloroh mengimpikan suami seperti pelakon Dia Semanis Honey ini. 

Sumber: IG Shadila Halid

Apa Komen Anda?