Keibubapaan Kesihatan Viral

Ibu Salah Guna Produk ‘Skincare’, Boleh Sebabkan Bayi Lahir Ada Masalah Sumbing

Ibu Salah Guna Produk ‘Skincare’, Boleh Sebabkan Bayi Lahir Ada Masalah Sumbing

Sharing is caring!

Menjalani proses kehamilan bukanlah sesuatu yang mudah buat seorang wanita. Tidak sekadar hanya perlu menampung kehadiran anak dikandung selama 9 bulan, malah perlu berwaspada dalam banyak perkara termasuklah penggunaan produk kecantikan. Isu itulah yang telah hangat dibincangkan beberapa hari ini di laman Twitter.

BACA: Tunjal Kepala Anak Yang Takut Cabut Gigi, Doktor Tegur Sikap Ibu Lepas Tangan

Tretinoin banyak guna dalam skincare

Menerusi satu posting oleh seorang pengguna media sosial @yusranazri, terdapat beberapa kandungan dalam produk penjagaan wajah yang berisiko memberi kesan buruk kepada ibu hamil. Antaranya adalah tretinoin di mana ia mampu menyumbang kepada masalah sumbing atau cleft palate kepada bayi yang bakal dilahirkan kelak.


 

Ibu Salah Guna Produk ‘Skincare’, Boleh Sebabkan Bayi Lahir Ada Masalah Sumbing

Ibu Salah Guna Produk ‘Skincare’, Boleh Sebabkan Bayi Lahir Ada Masalah Sumbing
Gambar Sekadar Hiasan

Mana produk meragukan terus stop

Walau bagaimanapun, wanita tersebut sempat menegaskan dirinya bukanlah seorang yang mahir berkaitan perubatan namun pengetahuan tersebut adalah berdasarkan pengalamannya mendapatkan nasihat doktor sewaktu mengandung sebelum ini. Bukan semua jenis produk skincare dapat digunakan oleh ibu-ibu hamil. Seelok-eloknya setiap kandungan atau bahan dalam sesuatu produk perlulah dititikberatkan selain mendapat rujukan daripada pakar perubatan bagi mengelakkan kemudaratan lain.

Ibu Salah Guna Produk ‘Skincare’, Boleh Sebabkan Bayi Lahir Ada Masalah Sumbing

Ibu Salah Guna Produk ‘Skincare’, Boleh Sebabkan Bayi Lahir Ada Masalah Sumbing
Gambar Sekadar Hiasan

Boleh sebabkan kerosakan janin

Tidak tertumpu kepada masalah sumbing itu sahaja tapi terdapat juga beberapa masalah kesihatan lain yang boleh dihadapi. Menurut portal Cosmopolitan Indonesia, antara lain kandungan dalam skincare yang boleh mengancam kandungan adalah termasuk retinoid, benzoyl peroxide dan juga salicylid acid. Kandungan ini dapat menyebabkan kerosakan janin yang serius, berlaku bleeding serta keracunan.


Ibu Salah Guna Produk ‘Skincare’, Boleh Sebabkan Bayi Lahir Ada Masalah Sumbing
Gambar Sekadar Hiasan

 

Sumber: Twitter Yusranazri & Portal Cosmopolitan Indonesia


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini