Selepas 31 episod ditayangkan, drama ‘7 Hari Mencintaiku 3″ kini terus menjadi bualan mulut peminat dek kerana jalan cerita yang menarik serta sarat dengan persoalan. Salah satu watak yang mencuri perhatian ramai adalah Dr Fatin selepas dilakonkan oleh Reen Rahim dengan berjaya di samping gelagat lucunya. Lagi-lagi selepas dia masih dikejar oleh bekas suaminya iaitu PU Azman menjadikan ia semakin digemari untuk ditonton.
BACA:Â Halau Bini Masa Akad Nikah Macam Khuzairi, Muncul Penyanyi Tak Diundang Pula
Ibu Reen Rahim stress tengok lakonan anak dalam drama
Tidak dapat dinafikan, karya berkenaan turut mencetuskan rasa geram netizen gara-gara beberapa watak yang dianggap terlalu melampau. Namun siapa sangka, ibu kepada Reen Rahim juga tidak terlepas daripada perasaan itu. Menerusi perkongsian di laman Instagram, dia sempat berkongsikan perbualan bersama orang tuanya yang turut menonton drama tersebut. Malah, selebriti itu berasa terhibur kerana si ibu mula stress sehingga terpaksa berehat untuk meredakan kemarahannya.
Siap minta spoiler siapa bapa Nurul
Namun, apa yang menarik perhatian ramai apabila melihat cubaan si ibu apabila ingin tahu identiti sebenar bapa kandung kepada Nurul. Mungkin terkejut dengan pertanyaan itu, aktor tersebut sempat terkaku sebelum diasak dengan soalan yang sama. Lebih terhibur, Reen Rahim juga sempat berseloroh dengan menyuruhnya membayar sebanyak RM500 untuk setiap perkataan yang bakal diungkapkan.
https://www.instagram.com/p/CdkX5qXLrqY/?utm_source=ig_web_copy_link
Nampaknya mak sis pun alami masalah yang sama dengan netizen iaitu confuse…kami sokong mak cik
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa terhibur dengan telatah dua beranak itu. Malah, ada juga yang sempat berseloroh mengharapkan agar ibunya dapat ‘membocorkan’ rahsia berkenaan secepat mungkin.
Kredit: Instagram Reen Rahim Â
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
