Walaupun sudah 8 tahun berlalu, sticker WhatsApp Baby Rohee pasti pernah dimuat turun ke dalam telefon anda sebelum ini, kan? Budak perempuan yang berasal dari Korea Selatan ini dahulunya sempat viral secara tiba-tiba selepas ibunya berkongsikan gambar 1001 ragam ke media sosial. Bahkan dia siap ada kumpulan peminat tersendiri di pelbagai negara.
BACA : Kecomelan Pernah Jadi Fenomena, Netizen Sebak Budak Sticker WhatsApp Dah Besar
9 bulan mengandung, hari-hari duk tengok budak Korea ni
Bagi seorang wanita bernama Puan Aenaisya, dia juga salah seorang yang gemar melihat gambar Baby Rohee termasuklah saat sedang berbadan dua. Ibarat terkenan, siapa sangka dia selamat melahirkan bayi comel bernama Ayra yang sekilas pandang memang menyerupai wajah Baby Rohee.
@aenaisya Penghiburku ❤️🔥#foryoupage #fypツ
♬ original sound – ❤︎HanyaPadaMuYaAllah❤︎ – ❤︎ⓉⓗⒺsɪ🅖🅐🅓🅘🅢ᴋᴇᴍᴇᵗᵒᵗ❤︎
Terima kasih aunty semua atas komen positif
Dengan mata sedikit sepet dan berkulit putih gebu, si ibu sempat berseloroh anaknya seperti ‘Korea Celup’. Tidak sangka video itu mendapat jutaan nilai tontonan, Puan Aenisya mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mendoakan baik-baik untuk Baby Ayra.
@aenaisya Save sini 🥰🫰🏻 #ayra #1year #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #babycantik #fypdongggggggg
@aenaisya Thankyouuu semuaaaa 🥰🫰🏻 #ayra #fyppppppppppppppppppppppp
@aenaisya Replying to @aina Okay dah ada, satu keping rm10hinggit tauuu 😝😂. #ayra #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage
Wey sebijik muka tu…Rambut pun sama
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang geram melihat kecomelan dimiliki oleh Baby Ayra. Memang benar, mereka tidak menafikan kemiripan si kecil ini dengan riak wajah Baby Rohee.
Yeahhh ada sticker baru
Saya pun obses dengan Baby Rohee ni
Kredit : TikTok Aenaisya
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
