Viral

Ibu Suspek Yakin Anak Tak Bersalah, Ibu Surya Masih Tak Tahu Tragedi Anak Ajal

Ibu Suspek Yakin Anak Tak Bersalah, Ibu Surya Masih Tak Tahu Tragedi Anak Ajal

Berita kehilangan penuh tragis Allahyarham Siti Nur Surya Ismail sejak beberapa hari ini terus meruntun jiwa rakyat Malaysia. Siapa sangka di usia yang masih muda, dia menghembuskan nafas terakhir angkara perbuatan rakannya sendiri. Tentunya kisah ini memberikan impak yang benar-benar mendalam bagi kedua-dua pihak keluarga mereka. Dalam laporan terbaru menerusi Sinar Harian, ibu kepada suspek pula yakin bahawa anaknya itu bukanlah dalang di sebalik semua ini.

BACA : [VIDEO] Menggigil Sampai Mahkamah, Rakan Baik Nur Surya Ditahan Reman 7 Hari

Kakak tak kisah kena guna baju sekolah terpakai

Masih belum disabitkan bersalah, wanita berkenaan sempat berkongsikan beberapa sisi baik anak perempuannya itu. Menurut nalurinya yang merasakan remaja itu tidak bersalah, dia menyifatkan anaknya itu sebagai harapan keluarga dan tidak pernah merungut meskipun mengalami kemiskinan hidup. Bercakap kembali tentang keputusan menyerah diri ke balai polis, ibu ini juga menjelaskan anaknya sendiri yang nekad mengajak ke sana bukanlah kerana dipujuk.

Ibu Suspek Yakin Anak Tak Bersalah, Ibu Surya Masih Tak Tahu Tragedi Anak Ajal

Ibu Suspek Yakin Anak Tak Bersalah, Ibu Surya Masih Tak Tahu Tragedi Anak Ajal

Ibu Suspek Yakin Anak Tak Bersalah, Ibu Surya Masih Tak Tahu Tragedi Anak Ajal

Dia cepat lupa dan selalu bertanya mana kakak

Dalam pada itu di pihak keluarga Allahyarhamah pula, ibunya yang terlantar dikatakan masih tidak mengetahui tentang tragedi hitam terbabit. Meskipun sempat melihat jasadnya buat kali terakhir, difahamkan dia sering bertanyakan keberadaan Surya kerana kerap lupa disebabkan masalah kesihatan. Bahkan apabila dikatakan sudah bertemu Ilahi, mereka sekelurga terpaksa mengatakan gadis terbabit ajal akibat demam panas. Tidak ketinggalan menerusi Berita Harian, keluarga ini masih trauma dan tidak mampu pulang ke kediaman mereka hingga sekarang.

Ibu Suspek Yakin Anak Tak Bersalah, Ibu Surya Masih Tak Tahu Tragedi Anak Ajal

Ibu Suspek Yakin Anak Tak Bersalah, Ibu Surya Masih Tak Tahu Tragedi Anak Ajal

 

Sumber :  Berita Harian

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ibu Suspek Yakin Anak Tak Bersalah, Ibu Surya Masih Tak Tahu Tragedi Anak Ajal

Facebook

Telegram