Ibu Tunggal Anak 8 Dijadikan Isteri Ke-2, Da’i Farhan Minta Doakan Yang Terbaik

Meskipun ada ramai pihak yang tidak berapa gemar dengan konsep poligami dalam rumah tangga, namun realitinya ramai sahaja dalam kalangan masyarakat kita telah mengamalkannya. Jika sebelum ini pelakon terkenal Amar Asyraf akhirnya telah mengaku bahawa dia sudah mempunyai 2 orang isteri, namun lain pula kisahnya bagi seorang pendakwah ini. Da’i Farhan telah mengambil pendekatan lebih terbuka untuk memaklumkan tentang perkahwinan kali keduanya kepada umum pada beberapa hari lalu.

BACA: “Jom Jadi Madu Saya” – Wanita Kongsi Detik Manis Hadiahkan Madu Buat Suaminya

Advertisement

Amanah untuk jaga isteri kedua ini bersama 8 orang anaknya

Menerusi satu muat naik di laman Instagram rasmi miliknya, ustaz berusia 29 tahun ini menzahirkan rasa kesyukuran kerana disatukan dengan seorang ibu tunggal kepada 8 cahaya mata ini. Selain itu, Farhan juga memberikan gambaran bahawa perkenalan dan pernikahannya bersama wanita yang dikenali sebagai Dr. Erin ini di Tanah Suci Makkah namun tidak dapat dipastikan bila waktu sebenarnya.

Advertisement

Terima kasih buat isteri pertamaku yang tabah dengan hakikat ini..

Advertisement

Di bahagian hujung kapsyen berkenaan pula, juara program realiti Da’i Musim Kedua ini turut mengucapkan tanda penghargaan kepada isteri pertamanya kerana kuat dan tabah dalam menerima takdir ini. Pemuda kelahiran Kelantan ini juga memohon doa orang ramai agar dipermudahkan rezeki keluarga ‘besarnya’ selepas ini.

Masyallah terharu…melindungi ibu tunggal & anak-anaknya

Advertisement

Posting itu nyata telah mencuri perhatian ramai sejak dikongsikan pada Ahad lalu apabila memperoleh hampir 8 ribu likes setakat ini. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan pendapat terhadap tindakan yang dibuat oleh Da’i Farhan ini. Namun, tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah atas perkahwinan yang telah terbina dan terinspirasi dengan kisah tersebut.

Advertisement

Sumber: IG daifarhan

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?